Tuesday 18 December 2012

Hanya..


“Bang, buatkan blog boleh tak? He..”

“Dah dari dulu abang suruh buat blog kan? Blog yang ada tu kan ada”

“Ala.. tu abang dah campur-campur. Puza nak yang beridentitikan puzahhh, hehe..”

Blog tu mula-mula dulu memang suami buatkan untuk saya sebab dia tengok isteri dia ni asyik bercakap je, kalau bagi mesej pun panjang-panjang. Entah apa yang diceritakan. Bila waktu terluang bersama, biasalah, kadang-kadang berborak tentang isu semasa, hal anak-anak, hasil tadabbur quran atau mana-mana dapatan, lanjutan ceramah atau movie atau katun kat tv, dan yang paling dia bosan dengar pasal hal sekolah!! Jadi, daripada manfaatnya cuma dapat dua orang, baik kongsi dengan orang lain jugak. Lagi pun, isu takkan selesai kalau cakap berdua je. Jadi, tu yang dia buatkan blog mula-mula tu. Tapi lama-lama blog tu terabai tanpa dilayan oleh saya. Hmm.. tak sempatla, sebab banyak komitmen lain. Jadi, dia la yang aktifkan blog tu dengan mengisi apa-apalah yang boleh dikongsi. Blog tu nama : mdsafkyo.blogspot.com

“Abang, puza nak yang simple-simple je. Tak nak munawwarin2 (bling2), mulawwanah2 (colourful)”

Ingat senang nak buat blog ni. On laptop,

“Ha, apa nama blognya?”

“Mm.. letak je la nama puza. Mahfuzah.blogspot.com”

“tak boleh, dah ada orang guna..”

“Alamak.. tak reti pikir la..” hmm.. tak dapat-dapat idea last-last off balik laptop

Ada la beberapa nama dicuba tapi biasala, nama-nama yang best mestilah orang dah guna. Hmm.. nak nama saya jugak! Nak tambah apa ye depan nama saya tu? Gelaran? Saya mana ada gelaran. ‘ustazah mahfuzah?’ suami pun tersedak. Macam poyo je nama tu? Nak letak nama penuh panjang sangat. Hmm.. gunalah apa-apa istilah yang bukan nama saya. “mar’ah..”, “ukhti..”, “ummu..”, tapi cantik tambah satu lagi perkataan kat depannya. Tapi.. semua cadangan tak ok. Yang best orang dah ambik, yang ada.. ada yang bunyi macam poyo, ada yang tak best. Haha.. cerewetnya aku!! Pilih je lah apa-apa!! Off balik laptop. Sayang kat suami sebab sanggup layan karenah. Haha!

Setelah direject, diambik balik, pastu reject balik, last-last saya ambik balik, maka jadilah yang jadi sekarang ini ‘fakir-ilallah.blogspot.com’. Puas. Haha.. Suka nama tu. Suka yang tawaduk-tawaduk gituw. Maksudnya fakir menuju Allah. Sesungguhnya hanya Allahlah yang Maha Agong dan kita hanyalah hambanya yang kerdil lagi fakir. Jadi, janganlah berlagak sangat hidup kat dunia ni, mendabik dada, buat muka oppa gangnam style sambil pakai cermin mata hitam, huh.. bongkak sungguh rupanya! Tolooong..! Orang yang pakai cermin mata hitam tak bersalah!!!

Ikutkan nama fakir ilallah pun dah ramai yang amik tapi ejaan lain-lain, guna huruf Q, ada yang guna underscore dan ada yang tambah ‘al’ kat depan. Jadi beza isim makrifah dengan isim nakiroh la. Mula-mula nak pilih sama ada fakir-fillah atau fakir-ilallah. Suami pilih fakir-ilallah. Selesai nama blog ingatkan dah boleh buat blog. Nak tajuk pulaaak..

Mula-mula letak ‘muhasabah’ je. Suami kata macam tak best je. Hmm.. pikir lagi.. letak yang ada uzlah-uzlahlah. Kalau tak sempat beruzlah maka takdelah entri-entri baru. Hmm.. ‘Di sini tempatku beruzlah’, ‘uzlahku di sini’. Bunyi macam motto tv al-hijrah je. Tak nak la. Tiba-tiba spontan ‘sahaja aku beruzlah’ saya ketawa. Macam kelakar je. Suami kata, “eh, ok je”. Mm.. ok la.. saya memang nak yang simple-simple, bunyi santai-santai je. Search kat google, eh, takde yang guna nama tu pun. Betul ke? Orang pertama kot. Haha, perasan..

Untuk keterangan tajuk memang tak pikir lama sebab memang minat ayat Surah An Nasr tu. Ringkas dan penuh pengertian. Yang kadang buat kita terleka bila kejayaan mengiringi kita. Juga harapan betapa indahnya melihat manusia beramai-ramai masuk ke dalam agama Allah. Hidup dalam suasana bi’ah islamiyyah yang harmoni. Keutuhan agamanya terjaga. Tak terusik secalit pun dengan hasutan dunia. Di bibir mereka hanya meniti kalimah-kalimah yang baik-baik sahaja. “sala~man, sala~ma”, salaman salama tu perbualan syurga je. Tapi apa salahnya di dunia kita berlatih jadi ahli syurga, berbual cara perbualan syurga. tak ada lafaz-lafaz dari mulut kita ucapan-ucapan yang tidak baik dan sia-sia. Subhanallah!!

Ayat Surah An Nasr tu juga menyedarkan kita bila kita terleka dengan kejayaan kita. Patutnya kita ptotect diri kita dari segala puji-pujian. Allah yang menjadikan sifat kita begitu dan begini sehingga menyebabkan kita dipuji oleh orang-orang. Jadi, segala puji-pujian tu sepatutnya bukan untuk kita, tetapi untuk Allah s.w.t. Segala Puji Bagi Allah!!

Surah itu juga menyedarkan kita supaya berisfighfar ketika beroleh kejayaan. Dah berjaya nak istighfar? Pelik tak? Ha, tu lah.. tak perasan kan? Maklumlah tengah seronok-seronok. Kadang tak ingat kita banyak dosa-dosa yang masih terhutang. Camne nak bayar hutang dosa? Kejayaan boleh bayar ke? Tu yang buatkan kita terus tunduk dan tunduk pada Allah. Tak layak rasanya meraikan secebis kejayaan itu sedangkan dibelakang kita masih bertimbun dosa kerana ikutan nafsu dan kelalaian kita. Astaghfirullah Azim..

Entri, entri, entri.. nama blog dah ada, tajuk dah ada, keterangan tajuk pun dah pilih. Dah boleh buat blog!

“nak letak entri apa mula-mula ni?”

“jap, abang bukak document, kat folder ni..”

“ha! banyaknya!”

“haha.. masukkan yang ni sampai sini.. hehe..”

Haha.. dalam satu malam 13 entri masuk. Berlagaknya!

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews