Sunday 16 December 2012

Engko tak hafal Surah Al ‘Asr sampai habis ke?



Asyik-asyik “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”, “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian…” asyik kata manusia rugi, manusia rugi, rugi sebab masa.. dah tu, siapa manusia yang untung? Macamana manusia nak untung? Dengan panjangkan masa ke?

Bacalah ayat tu sampai habis. “kecuali..” ha, kan ada kecuali tu.. maknanya tak semua manusia rugi la.. ha, siapa dia manusia yang tak rugi tu?

“kecuali yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan pada kebenaran, juga berpesan pada kesabaran” (Surah al ‘Asr : ayat 3)

Ha, kan ada orang yang tak rugi tu.. siapa dia?

1, Orang yang beriman

Kita beriman tak? Beriman la kan? Lain la orang-orang yang buat salah (mencuri, bercakap bohong, maksiat) tapi tak rasa pun bersalah, macam tak rasa kewujudan akhirat. Boleh kategori tak beriman dengan hari akhirat tak? Dah gugur satu rukun iman..

Apa kaitannya dengan masa? Demi masa ‘aku bersumpah’ sesungguhnya rugilah orang-orang yang melewat-lewatkan imannya.

“Waktu muda inilah kesempatan kita untuk menikmati keseronokan sepuasnya! Dah tua nanti kita bertaubatlah, Kan Allah tu Maha Penerima Taubat! Rugi kalau muda-muda ni tak enjoy, dah tua nanti dah tak berpeluang dah”

Macam artis-artis la, dah puas menyeksi, buat fesyen-fesyen yang haram (warna rambut, cukur kening, etc) dan maksiat, sampai satu masa, diorang bertaubat, ubah imej. (tiba-tiba rasa macam buat fitnah pulak.. nak teruskan ke tak ye? Tak pape kot. Cuma.. astaghfirullahal azim.. andai saya salah, ampuni aku Ya Allah!)

Cuma, adakah keinsafan ini berlaku disebabkan seru? “Telah sampai seru, kerana itu mereka berubah”. Macam pelik je. Entah-entah diorang dah target waktu-waktu bila diorang nak berubah. Sebelum taubat, nikmatilah dosa sepuasnya. Kalau tak wat dosa puas-puas, nanti dah taubat mengidam buat dosa pulak. Ha.. kan dah tak boleh patah balik. (ish.. memfitnah lagi. Betul ke tak betul saya cakap ni?)

 Beruntunglah kalau Allah s.w.t beri ruang kita bertaubat. Takut-takut beriye-iye kita plan waktu taubat, tiba-tiba tengah-tengah buat maksiat tu Allah s.w.t cabut nyawa kita. Tak kan nak salahkan tuhan pulak? Sebab ambil nyawa kita waktu yang tak sepatutnya.

Kesimpulannya, amal ma’ruf nahi mungkar (buat baik, tinggalkan perbuatan buruk) tu janganlah ditangguh-tanguhkan. Bukan pasal takut tak sempat, tapi ‘demi masa’ kalaulah manusia tahu bernilainya waktu itu, pastinya dia bersegera beriman dan meninggalkan perbuatan kufur. “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali…”

2, Orang yang beramal soleh

Kita beramal soleh tak? Mm.. ye kot. Sekurang-kurangnya ibadah wajib macam solat dan puasa tu insya’ Allah lepas la. Demi masa sesungguhnya amat rugilah manusia yang menangguh-nangguhkan amalan solehnya. Orang dah sibuk2 jaga rukun islam, jaga syahadahnya, tak akan bertuhankan keduniaan, bertuhankan duit, bersaksi Muhammad s.a.w rasul-Nya, ikut sunnahnya, tapi kita segan nak ikut style Rasulullah s.a.w, berjubah, berserban-serban bagai, sedangkan orang lain seronok dan bangga dengan style k-popnya. Tu baru rukun islam yang pertama, belum masuk bab puasa, zakat dan lain-lain.

Antara soalan di padang mahsyar nanti adalah tentang ‘zaman remajamu, bagaimana digunakan?’ Mestila masa zaman remaja tu kita sedang di alam persekolahan. Belajar, belajar dan belajar, dari usia 6 tahun sehingga usia 21-22 lebih kurang. Kalau itu la amalan remaja kita, confirm cemerlang ujian padang mahsyar kita.

Tapi cuba kita kira-kira balik, dalam ‘sehari’ agak-agaknyalah, berapa peratus masa kita di isi dengan amalan soleh? Dari celik mata bangun tidur sampailah kita tidur balik. Adakah penuh dengan aktiviti lagho (aktiviti tak berfaedah) layan game, muzik, bicara-bicara kosong di internet, gelak-gelak, bersuka ria kat luar, atau adakah kita isi dengan amalan soleh? apa je amalan soleh ye? Banyak kan? Aktiviti luar pun aktiviti yang bermanfaat, bicaranya penuh berisi, layan lagu pun nasyid-nasyid je, ibadah-ibadah nafilah (tambahan) lagi, ….. dan sebagainya. Itu pun, ramai yang bertangguh-tangguh.  Betullah, “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

3, Orang yang berpesan pada kebenaran

Kadang kita dah betul dah (iye ke betul?), tapi orang lain pulak.. Nak tegur? Tak nak tegur? Demi masa sesungguhnya amat rugilah orang yang melewat-lewatkan menegur kesilapan saudaranya atas alasan takut nanti dia marah, terasa hati dan buatkan hubungan persaudaraan jadi putus. Maka kita pun membiarkan orang-orang kesayangan kita terus hanyut dibawa arus yang kotor, entah dihadapannya ada juram yang tinggi atau apa-apa bencana yang mendatang, biarlah.. asalkan dia bahagia dengan aktivitinya.

Lagi pun, sebenarnya orang tu dah tahu dah mana baik mana buruk, jadi, kalau kita tegur pun, dia dah tahu, memang nak tempah penyepak la kalau tegur. Macamana tu? Engkau nak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi ke atau nak kena penyepak? Sebenarnya siapa-siapa yang nak berubah, dia sangat-sangat-sangat perlukan mahukan sokongan, teguran dan sokongan dan teguran, kekuatan dan support dari orang-orang disekelilingnya. Nak tegur tu tegur la betul-betul. Bukan kritik, kutuk-kutuk, hina-hina, malukan depan orang. Tegurlah elok-elok dalam bentuk sokongan.

Kalau tak tegur sekarang, bila lagi? Lagi-lagi dalam sebuah organisasi, sampai bila kita nak biarkan organisasi itu terus pincang? Tak berani tegur takut nanti orang kata berlagak bagus? Walaubagaimanapun teguran mesti berkhemah dan berhikmah. Sekali lagi, ‘demi masa’ jangan lengah-lengahkan ye..

4, Orang yang berpesan dengan kesabaran

Sabar biasanya dengan dua sebab. Sabar dari perasaan marah dan sedih. Macam ada lagi je.. sabar ketika dalam kesusahan, kesulitan, kekurangan harta, sabar dari sifat gopoh, sabar bila ditimpa musibah, eh, jadi banyak pulak senarainya.. dan senarai-senarai yang lain tu, tak semestinya sebab sedih dan marah je kan? Kadang cuma wat kita rasa lemah je. Lemah semangat, geram, kecewa, kecik hati, putus asa, …..

Dan semua senarai-senarai tu cuma satu je ubatnya. Iaitu ‘redha’. Jadi, “demi masa” sesungguhnya rugilah orang-orang yang membiarkan saudaranya yang tak reti menyabar, potong barisan masa beratur, siap bagi ruang untuk dia masuk lagi. “demi masa” rugi orang yang membiarkan saudaranya melayan sifat-sifat mazmumah, bukan tahu nak halang, siap bagi support adalah! Makin sokong sifat-sifat hasad dengkinya, takabbur, cintakan dunia dan sebagainya, ada 10 sifat mazmumah semuanya.

Kesimpulannya, memang “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”. Jadi, jangan buang masa, tiap saat isilah dengan perkara bermanfaat, tidur pun pahala asal bukan tidur yang berlebihan, berjalan dengan tujuan kebaikan pun pahala, contohnya pergi menuntut ilmu atau ke masjid, malah setiap langkah menggugurkan 1 dosa dan menambahkan 1 pahala. Jadi, jangan mengeluhlah kalau asrama tu jauh, berbukit-bukit dan banyak tangga. Banyak dosa gugur tu.. Dan berpesan, berpesan dan berpesanlah kepada semua orang dengan kebenaran dan kesabaran. Jangan bertangguh!

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews