Apa yang mula-mula sekali kita fikirkan?
Kalau hari itu adalah hari penting. Bergegas dan cergas sahaja kan kita
bangun? Bagai ada spring di belakang kita yang menolak kita bangun dari tempat
tidur. Dan bagai ada arus tenaga pada setiap urat saraf kita yang mengaktifkan
pergerakan anggota badan kita.
Sebaliknya, andai semalam hari yang menyedihkan. Bangun tidur, fikiran
tak tenteram, demam kot, akibat hati yang berbaur-baur. Muhasabah kembali
urusan manusia atau urusan tuhan yang masih tak kena. Ya Allah.. mungkin
hamba-Mu ini banyak melakukan dosa. Tu yang jadi pagi-pagi dah termenung
panjang. Jam dah lewat baru nak kelam-kabut.
Bukan itu yang nak diceritakan hari ini. Hari ini murid-murid, haha. Ustazah
nak cerita tentang surah al-Waqi’ah! Daaari ayat 63-73.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
Kalian tidak perhatikah pada apa yang kalian tanam?
Kaliankah yang menumbuhkannya? Atau Kami yang menumbuhkan?
Andai Kami mahu, pasti Kami jadikannya kering, maka kalian akan berdiri
tercengang (sambil berkata)
“Aduhai ruginya kami!
Malah kami tidak mendapat hasil!”
Kalian tidak perhatikah pada air yang kalian minum?
Kaliankah yang menurunkannya dari awan? Atau Kami yang menurunkannya?
Andai Kami mahu, Kami boleh jadikannya masin (tidak boleh diminum),
kenapa kalian tidak bersyukur?
Kalian tidak perhatikah pada api yang kalian nyalakan?
Kaliankah yang menumbuhkan pokoknya? Atau Kami yang menumbuhkan?
Kami jadikannya (api itu) sebagai peringatan (neraka) dan manfaat bagi
musafir
صدق الله العظيم
Di sini hanya terjemahan. Harap saudara-saudari bacalah ayatnya dalam
al-Quran ye. Ada pahala menyusul dalam setiap huruf-huruf yang dibaca, In Syaa’
Allah.
3 topik mahu dicerita di sini. Pertama, tentang tumbuhan. Kedua,
tentang air. Ketiga, tentang api.
Sebelum itu, jauh sikit nak fokus. Tentang kalimah “Kami” dalam
al-Quran. Bukankah Allah itu Maha Esa? Sedangkan “Kami” umpama ada banyak
tuhan?
Sebenarnya, dalam ilmu balaghah (harap orang lughah tolong betulkan
kalau hamba tersalah), lafaz “jamak” digunakan bagi memuliakan seseorang.
Contohnya, lafaz “assalamualaikum” Sama ada ditujukan pada
seorang atau 2 orang. Kita dibiasakan dengan lafaz “kum” yakni ramai, sebagai
memuliakan orang yang bersama kita.
Begitu juga ketika menulis surat. Lafaz “kaifa khalukum” atau
apa-apa sahaja ayat dari awal surat sehingga tamat surat adalah lebih indah
jika kita gunakan kata ganti “jamak” untuk penerima surat walaupun dia hanya
seorang.
Contoh lain, panggilan “arwah”, “Arwah sifulan”. Kenapa kita tak panggil
“roh sifulan”? bukankah arwah itu “isim jamak”? sifulan tu sorang je. Mestilah sebab
untuk memuliakan sifulan. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un..
Jadi, “Kami” dalam al-Quran dalam ilmu lughahnya adalah sebagai
memuliakan tuhan Robbul Jalalah. Dan hanya Dia sahaja yang boleh menggunakan
lafaz itu. Makhluq lain tak boleh guna lafaz jamak untuk dirinya sendiri. Wallahu
a’lam..
Kembali pada topik. mula-mula cerita pasal tumbuhan. Ayat 63-67. Mungkin
jauh~ jauh~ jauh~ saya mentakwil hari ini. Mohon ustaz-ustaz, ustazah-ustazah,
ilmuan-ilmuan, tegur jika hamba tersalah.
Zaman sekarang mungkin tak ramai yang berkebun. Tapi kalau kita
perhatikan kesuburan tanaman di rumah orang, kebun orang, sawah orang, apa kita
fikir? Pandainya orang yang tanam kan? Segala logik akal semua dikeluarkan. Mungkin
tanahnya subur, tuannya rajin airkan, baja, jaga dari perosak dan sebagainya.
Baru-baru ini, dah lama la jugak. Cuti sekolah yang lalu. Saya sengaja
mengisi masa lapang dengan bercucuk tanam. Saya sangka buka sekolah nanti
dapatlah lihat hasilnya. Tak jugak. 4 bulan saya kira baru ia berhasil.
Saya perhatikan..
Saat daun pertama mula becambah.
Dan daun-daun lain mula muncul..
Sehinggalah ia membesar..
Berputik..
Dan..
Ia sungguh menceriakan hidup kami..
Hebat kan penciptaan Allah? Siapa
yang tadbir semua ini? Saya? Saya yang tanam, saya yang siram, yang jaga, yang
buat semua kerja-kerjanya bersama anak-anak dan suami tercinta.
Salah tu.. Allahlah sebenarnya yang tadbir tumbuhan itu. Dia yang
menumbuhkan setiap helai daunnya. Malah setiap helai daun yang gugur sudah
tertulis takdirnya di Luh Mahfudz sejak azali lagi.
Seluruh alam ini Allah yang tadbir. Sehingga kesetiap neutron-neutron yang
terbentuk dalam jasad kita. Malah Dia lebih dekat dengan kita berbanding diri
kita sendiri.
Tapi kita bukan petani. Apa kaitannya ayat surah al-Waqi’ah itu dengan
diri kita? Tumbuhan, air dan api. 3 keperluan utama kita! Walau bukan kita yang
tanam, tapi setiap hari kita makan bukan? Kalau tak makan tumbuhan, kita nak
jadi apa? Karnivor? Makan daging dan ikan sahaja? Andai ditakdirkan hasil
tanaman petani tidak menjadi. Minyak masak dari kelapa sawit, gula dari tebu,
beras, sayur, semua itu tidak boleh putus dalam hidup kita.
Air.
Baru-baru ini. Pun tak baru jugak. Sekolah, asrama dan kediaman saya
ada masalah air. Seminggu! Kasihan pelajar-pelajar asrama. Asrama dah tak rupa
asrama dah. Selama sekolah ini ditubuhkan, walau banyak kali asrama ketiadaan
air, tak pernahlah sampai lori syabas ke quarters macam ni.
Alhamdulillah la tangki rumah saya tak sampai terputus air seperti
jiran-jiran. Dan alhamdulillah jugalah air paip yang terus dari paip luar
(bukan dari tangki rumah) masih mengalirkan air walau kadang-kadang kecil. Jadi,
membasuh pinggan dan menyiram bunga masih tidak mengganggu air tangki rumah. Pelajar
asrama yang terdesak air juga saya bagi kalau nak ambil air dari paip luar
rumah. Sebab fikir saya, tak luak dan tak menjejaskan sebab ia dari saliran
luar.
dan, sebagai seorang islam saya fikir logikkah air dalam dunia ni
habis? Allah kan Maha Kaya. Kaya dengan air dan segala-galanya. Cuma bukan
milik kita je.
Firman Allah s.w.t :
Milik-Nya segala perbendaharaan di langit dan di bumi. Dia
melapangkan rezeki pada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia yang membatasinya.
Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(surah asy-Syura : 12)
Jadi, “Dia yang membatasinya”. Air itu Allah tahan. Masalah pembentungan
adalah wasilahnya. Umpama mati, sakit adalah wasilahnya. Dan umpama sakit, makanan
tinggi kolestrol contoh wasilahnya. Matematiknya mudah bukan?
Sebenarnya tak sampai hati juga menyiram bunga dalam keadaan begini.
Tengoklah pokok-pokokku..
Api.
Boleh tak saya takwilkan zaman sekarang sebagai elektrik? Api penting
kan? Takde api, tak masak. Tak masak, belilah. Kalau kedai pun takde api? Nak beli
makanan macamana? Dalam surah al-Waqi’ah ayat 72 dicontohkan pokok sebagai
sumber api. Siapa yang menumbuhkan? Allah. Sumber api zaman sekarang? Gas untuk
memasak dan untuk kenderaan. Sumber elektrik? Janakuasanya dari mana? Siapa yang
tadbir? Logiknya manusia. Manusia yang bina sistem janakuasa itu. Salah!! Allah
yang tadbir sebenarnya! Elektrik terputus? Wasilahnya boleh jadi macam-macam
cara. Ayat 73 surah al-Waqi’ah, Allah jadikan api itu sebagai peringatan dan
manfaat.. fikirkan..