Wednesday 26 December 2012

Membongkar diari lama



Haha.. malu la nak cerita.. Hmm.. diari saya. yang saya tulis masa belajar kat Mesir dulu. Tengah tension-tension study campur rindu kat Malaysia. Agak teragak-agak nak taip balik sebab banyak kisah suka duka kat situ. Tapi bila dibaca semula, saya rasa, eh, saya tak ingat pun cerita ini. Sungguh. Tapi, dah saya yang tulis dulu. Mestilah benda tu wujud. Dan bila dibaca semula, saya rasa, Ya Allah, aku sedar, nak capai sesuatu, kita kena lalui segala susah payah, yang bila, bila aku sampai tahap ini, aku tak ingat, aku lupa semua susah payah tu. Sepanjang saya menaip semula diari ini, beberapa kali saya rasa saya nak batalkan niat saya untuk publishkan diari ini sebab malu malu malu sangat dengan cerita lama saya. Tapi sebab suami kata cerita ni ok, haha! Alamak! Nak publish ke tak nak ni? Haha! Adush! Sebagai apa entah saya nak publish. Ada perkongsian pengalaman sebenarnya di situ.

Diari ni ditulis dalam keadaan saya sangat! sangat! sangat! Rindukan family!

Tanpa ada edit ayat insya’ Allah!

**********

Lamanya nak tunggu bulan 9. Seronoknya masa tu. Nak balik Malaysia. Waktu tu keluarga kat Malaysia pun tak sabar nak tunggu kita balik.

Seronok bila dah habis periksa nanti. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Aku bebas!

Seronoknyalah kalau dapat natijah best. Jangan beranganlah kalau ko malas.

Tapi paling-paling seronok balik Malaysialah. Alangkah syahdunya masa tu. Nak meninggalkan Mesir. Naik kapal terbang. Melalui balik jalan-jalan yang aku lalui sejibik semacammana aku mula-mula datang Mesir. Membimbit balik beg yang aku bimbit semasa datang ke Mesir. Kat atas almari sekarang dia. Dan yang paling seronok sekali. Ketibaan kapal terbang ke klia. Oh Malaysia tanah airku. Aku kembali. Dan dari jauh aku nampak insan-insan yang selama ini hanya lahir dalam mimpi-mimpi tidurku. Yang setiap kali aku terjaga. Aku mencarinya. Kenapa mereka tiada dihadapanku. Dan waktu itu.. Sungguh! Aku bukan bermimpi. Mereka memang benar-benar berada dihadapan mataku.

Cakap pasal melalui balik jalan-jalan yang aku lalui dulu. Teringat pulak aku. Masa mula-mula aku datang sini dulu. Aku dah kata. Nanti kang. Tau-tau je. Aku dah ready nak balik. Cepat je masa berlalu kan? Aku nak cerita dari mana ye? Mestilah dari rumah kan? Dan jalan ini pastinya aku titip sampai ke rumah juga. Hari aku nak pergi tu jugak baru aku nak kemas barang. Aku pasal packing-packing barang, aku tak tau kenapa, mesti aku tak lulus. Semua barang aku orang lain yang kemaskan. Aku cuma kumpul-kumpul je. Masa nak tauzi’ Mansurah pun. Aku tak reti-reti packing barang. Pun orang lain yang packingkan. Tak taulah macamana nak balik Malaysia nanti. Aku nak tengok nanti siapa yang packingkan. Aku sendiri atau orang lain. Yang aku nak cerita kat sini. Aku ada bawak bunga. Bunga yang boleh dikategorikan sampah. Dan aku masih simpan bunga tu. Ala… bunga kenduri yang dah tercabut dari batangnya. Bunga tu nanti, aku nak bawak balik Malaysia. Dan aku nak letakkannya kat tempat asalnya. Kat lantai. Sebagai sampah yang bersepah kat rumah aku. Dan itulah secara rasminya penghujung memori aku di Mesir. Yang tinggal selepas itu hanyalah kenangan. Bunga tu bukan sengaja aku bawak. Wak Asrok yang kemaskan barang aku.bunga tu tak sengaja bercampur dengan barang yang aku kumpulkan. Saje je dia buat lawak masukkan bunga tu dalam kotak. Aku dah keluarkan. Lepas tu dia masukkan balik.

Suasana kat klia macam biasalah. Aku tak heran mana sebab selalu sangat aku round klia. Cuma, tiba masanya aku turun. Pastinya aku salam dulu dengan saudara-mara aku. Dengan bismillah aku turun. Nanti, macamana aku tengok diorang kali terakhir, macam tu jugaklah aku akan disambut oleh insan-insan yang dah lama aku rindu.

Aku akan lalui balik jalan-jalan yang aku lalui dulu untuk sampai ke Mesir. Pastinya aku kata, lorong-lorong di klia inilah dulunya yang aku lalui masa aku adik baru dan lorong-lorong di cairo airport inilah juga dulunya jalan yang aku lalui yang menyambut aku ketika aku mula-mula sampai ke Mesir.

Aku tak macam orang lain yang selalu saje pandangan diorang meleset tentang Mesir. Sebelum sampai Mesir, diorang bayangkan macam-macam. Tapi bila sampai sebaliknya. Aku biasa-biasa je. Takde rasa pelik atau apa. Sebab aku ramai member Mesir. Aku selalu tengok gambar-gambar diorang kat Mesir. Dan selalu dengar cerita-cerita dorang pasal Mesir. Bila aku tengok sendiri dengan mata aku. Aku cuma kata. Oo.. inilah dia yang diorang cerita dulu. Dan sebenarnya aku dah tau banyak bahasa-bahasa ammi Mesir sebelum aku datang sini yang aku dengar dari member-member aku tu lah. Pasal tu aku boleh paham sikit-sikit apa arab kata. Tapi sekarang ni, aku rasa, akulah orang yang paling tak reti cakap Mesir kalau nak bandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Sebabnya aku fobia betul dengan arab. Tu yang jadinya aku jadi orang paling pendiam dalam kelas.

Perasaan aku masa mula-mula sampai. Aku tak rasa aku dah kat Mesir masa tu. Dan alhamdulillah. Aku tak lah kronik ingatkan Malaysia. Dalam bas dari cairo airport ke rumah Perak, aku cuma tengok luar, dengar ustaz cerita pasal Mesir, lepas tu aku tidur. Bukan apa, aku pening kepala sebab baru lepas turun kapal terbang. Dari rumah Perak ke rumah Selangor pun aku cuma tengok-tengok macam ni rupanya rupa Mesir.

Seminggu aku pening kepala. Rasanya macam aku duduk lagi kat kapal terbang. Pusing-pusing. Dan setiap tidur aku, aku mimpi, aku ada 2 madah lagi nak periksa. Aku tak study lagi. Dan aku ingatkan diri aku supaya baca habiskan kitab tu. Dan aku takut, aku tak dapat pergi Mesir. Dan setiap kali aku bangun, aku istighfar, kan aku sekarang ni kat Mesir. Kenapa mimpi macam tu lagi? Aku keluar ke balakon. Aku tengok sekeliling. Inilah Mesir. Aku kat Mesir sekarang. Aku dah kat Mesir.

Satu lagi, aku selalu mimpi, bunga yang aku tanam kembang tak jadi. Aku ada tanam bunga sebelum aku datang sini. Tapi aku tak sempat tengok dia berbunga. Tapi aku nampak dah dia dah berputik. Tu lah aku pikir. Mesti waktu tu dah berbunga. Dan aku nampak dia berbunga dalam mimpi. Tapi dia tak jadi molek. Seminggu lepas tu, adik aku datang dari Malaysia. Dia cerita, bunga yang aku tanam dah kembang. Tapi yang mula-mula tak jadi. Yang kemudian-kemudian baru jadi cantik. Mak pesan suruh bawak. Suruh tunjuk kat aku. Tapi dia lupa. Tak apalah. Asal kembang cantik. Aku dah senang hati.

Kalau ikutkan, demi keluarga aku, jauh sekali aku nak pilih Mesir sebagai destinasi aku seterusnya. Yang pastinya langsung tak tersenarai dalam perancangan aku. Tapi Allah itu Maha Kuasa. Inilah benda paling aku tak sangka dalam hidup aku. Macamana aku boleh sampai sini? Padahal ‘zero’. Langsung tak terpikir dalam otak aku. Kaki aku yang melangkah. Tangan aku yang menulis. Jadi, inilah jalan aku.

Waktu tu, aku pikir, aku tak kan kembali ke kisdar lagi sebagai seorang yang bergelar ‘student kisdar’. Aku dah ready balik kampung merdekaku. Semua ‘hagah’ku bersih. Tak satu pun aku tinggalkan kat rumah sewa aku. Selamat tinggal rumah sewaku. Selamat tinggal Shah Alam. 2 tahun aku duduk Shah Alam. Kejap je rasanya. Cuma 1 tak beres lagi. Aku belum ambik tesis kebanggaanku dari ayahanda penyelia latihan ilmiahku. Doktor Yusuf Khalid, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam. Sampai petang aku lepak luar. Menunggu kereta dia. Kereta ada, orang takde. Pergi mana ayahanda aku. Walaupun waktu pejabat sampai pukul 5, tapi sampai pukul 6 kereta lecturer-lecturer ni tak balik-balik lagi. Aku tetap tunggu. Tak kan tak nak balik kot. Mengikut logik akal aku, tak kan diorang tak balik lagi sampai pukul 7 nanti. Takpe, aku sanggup tunggu sampai pukul 7.30. Aku nak balik kampung esok ni. Nak tak nak aku kena ambik tesis aku petang tu jugak. Tapi awan mendung semacam. Mendungnya seakan-akan turun hujan yang selebat-lebatnya. Aku tak bawak payung. Rumah aku jauh. Aku kena balik jalan kaki pulak tu. Aku takut hujan turun dulu sebelum aku sampai rumah. Jadi aku tukar plan aku. Aku akan ambik tesis aku waktu cuti nanti.

Suasana kisdar lama lengang. Kalau dulu, setiap lorong-lorong ini penuh dengan student-student kisdar ke hulu ke hilir sibuk dengan kerja masing-masing. Kejar kelas, pergi kafe, maktabah, lab komputer, pejabat, pejabat lecturer, balik asrama. Busy. Aku pun agaknya waktu tu tengah pening kepala dengan assignment, pembentangan, ujian dan macam-macam. Tapi hari ni, kisdar lengang. Aku tengok staf-staf sibuk punggah barang. Kisdar nak pindah. Pindah Bangi. Kisdar Shah Alam dah takde lagi. Kisdar Shah Alam hanya tinggal tapak dan akan bertukar menjadi institusi pentadbiran lain. Aku tak pasti apa dia. Selamat tinggal kisdar Shah Alam. Walaupun sekarang kisdar Shah Alam dah takde, tapi aku masih ada. Akulah generasi ke-4 kisdar Shah Alam. Aku lalui lorong-lorong yang menuju ke pejabat lecturer. Aku melintasi deretan papan kenyataan. Aku selalu singgah sini setiap kali aku lalu jalan ini. Mana tau ada iklan-iklan baru. Tapi hari ini, iklan-iklan tu dah takde pentingnya buat aku. Aku bukan student kisdar lagi. Tapi disebabkan aku terbiasa membaca iklan kat sini, aku singgah jugak. Saje je aku nak baca memo-memo untuk junior-junior aku. “perhatian kepada lepasan kisdar yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir”. Aik! Ada jugak iklan untuk aku rupanya. Tapi aku memang tak nak pergi Mesir. Iklan tu kata, siapa berminat bagi nama kat pejabat. Dalam perjalanan ke pejabat tu, kepala aku berpikir. Aku nak bagi nama ke tak. Mula-mula tu aku kata tak payah. Sambil-sambil tu aku kata. Ala… isi je. Suka-suka. Kalau dapat tak payahlah ambik. Sampai pejabat tu, aku mintak kat kerani tu tesis aku. Siapa pulak nama dia. Lupa pulak. Kerani tu satu-satunya kerani yang disenangi oleh student-student kisdar. Baik dan berbudi bahasa. Cantik pulak tu. Tapi aku dengar sekarang dia dah pindah. Kawin kot. Staf-staf lain, ramai yang kitorang tak suka. Berlagak. Macam bagus sangat. Lepas tu dengan ringannya mulut aku bertanya tentang iklan kat luar tu. Dan tangan inilah yang menulis nama aku sendiri. Dan itulah takdir aku. Yang mencampakkan aku ke sini. Benda inilah yang buat aku percaya pada takdir setiap apa yang aku lakukan. Sama ada sengaja atau tak. Malah pada perkara-perkara kecil lagi remeh temeh. Mungkin dari tindakan kecil aku membuatkan hidup aku berubah. Memang aku tak nampak buat masa-masa terdekat ni. Mungkin makan masa bertahun. Contohnya peristiwa yang berlaku 2 tahun lepas. Gerak hati aku pada tahun 2000 tu merubah hidup aku pada tahun 2002. Siapa sangka aku bergelar mahasiswa al-Azhar. Universiti tertua di dunia.

Balik dari kisdar tu, aku bagitau mak bapak aku. Aku bagi nama kat pejabat nak pergi Mesir. Bapak aku macam gembira dengan berita tu. Tak lama lepas tu, permohonan aku untuk masuk ‘u’ gagal. Aku rancang nak try mohon balik pada sesi akan datang. Tapi beberapa bulan lepas tu. Kisdar panggil ada perjumpaan pelajar-pelajar yang akan ke Mesir. Aku yang datang dengan niat nak dengar-dengar je rupa-rupanya bapak aku bersungguh-sungguh dan begitu ‘bungah’ nak sekolahkan aku kat Mesir. Rupa-rupanya semasa taklimat tu, hati bapak aku berbunga-bunga. Dalam perjalanan balik dari taklimat tu. Bapak aku kata dengan penuh azam dia akan usahakan sungguh-sungguh semua urusan aku ke Mesir. Balik ke rumah, mestilah perkara ini diberitahukan pada keluarga. Tapi aku rasa ada orang tak setuju. Mestilah mak dengan nenek aku. Tapi diorang tak kata apa. Diam je. Aku tau, diamnya beri kesan pada hatinya. Mestilah dia rindu kat aku. Esok tu ‘a’la tul’ kitorang terus keluar siap-siapkan semua dokumen yang diperlukan. Pasport, cabutan surat beranak, bank draf, gambar dan apa-apa yang patut. Baru aku tau susah rupanya nak uruskan semua tu. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi hasilnya… aku tak dapat pergi Mesir.

Kisah aku tak dapat pergi Mesir merupakan salah satu daripada antara perkara pahit selama aku duduk kat dunia ni. Dalam ramai-ramai yang tak dapat pergi tu, aku rasa akulah yang paling steady. Kisahnya seminggu sebelum jadual penerbangan aku ke Mesir. Sape tak sedih, tinggal seminggu je beb. Alasannya sebab course tak muadalah. Sebab syu’bah kat Mesir tak sama dengan kisdar. Kat Mesir syu’bah dia usuluddin ada 3. Tafsir, hadith dan falsafah. Tapi kat kisdar usuluddin cuma 1 tu je usuluddin. Jadi, kisdar kena betulkan balik course tu tahun depan.

Hari perjumpaan pen’cancel’an aku ke Mesir, asalnya aku rasa masa depan aku dah musnah. Tapi dia ada mencadangkan 3 tempat lain untuk melanjutkan pelajaran. Insaniah di Kedah, Marsah di Johor dan Madiwa di Perak. Aku rasa Marsah dan Insaniah begitu jauh. Aku berminat dengan Madiwa. Nama macam tak sedap. Sungguh. Tu yang aku rasa masa mula-mula sekali dengar namanya. Aku terus ‘cup’ waktu perjumpaan itu jugak. Kawan-kawan aku terkejut. Aku buat tindakan cepat sangat. Pikir-pikir dulu bincang dengan keluarga. Tapi aku yakin. Aku yakin benar. Keluarga aku bersetuju dengan pilihan aku. Aku terus kata confirm masa tu jugak.

Macamana aku nak bagitau bapak aku. Bapak aku tengah tunggu kat luar. Setiap kali ada perjumpaan, bapak aku mesti ada sama-sama dengar taklimat tu. Bapak aku terlalu bersemangat mengalahkan aku. Macam dia pulak yang nak pergi Mesir. Aku segan jugak sebenarnya. Aku sorang je yang bawak bapak setiap kali perjumpaan. Tapi bapak aku kata dia nak dengar. Dia nak dengar secara life setiap inci perkembangan aku. Tapi hari tu aku masuk sorang. Bapak aku tak masuk sekali dengar berita dukacita itu. Sebab bapak aku bawak baby. Adik aku Rashdan. Masa tu dia 8 bulan. Mestilah tebal muka aku kalau dia bawak sekali. Ni majlis formal pak. Mana taknye. Sepatutnya aku jaga adik aku petang tu. Mak bapak aku ngajar. Tapi disebabkan kisdar telefon pukul 10 pagi, suruh datang pukul 3 petang tu, mestilah semua perancangan dibuat secara drastik. Kisdar tu bukan dekat. Makan masa berjam nak sampai dari rumah aku. Lastnye, bapak aku ponteng kerja. Adik kecik aku dibawak sekali.

Keluar dari taklimat tu, aku carik bapak aku. Manalah dia lepak ni. Rupanya dia lepak kat kafe. Dengan adik aku. Ish, dahlah member aku ramai lagi kat sini. Aku budak express. Pasal tu aku graduate awal. Member-member aku ada lagi 1 semester kat kisdar. Yang ambik management pulak ada lagi setahun kat kisdar. Tengok bapak aku bawak baby mestilah aku segan. Ni bukan kat rumah. Ini kat tempat rasmi. Institusi Pengajian Tinggi. Ish, 10 kali aku tebal muka. Aku terus pergi dapatkan bapak aku. Aku dokong adik aku. Aku tau ramai yang pandang. Nak tak nak, aku buat muka selambe. Bapak aku tanya. Apa cerita. Aku rasa hal ni tak boleh nak cover-cover. Kena cakap straight. Aku cakaplah straight. ‘tak jadi pergi’. Aku tau dia terkejut. ‘tak kan kot’. Mana aku tau. Dah dia kata tak jadi. Tak muadalah. Aku tau perasaannya. Dan aku rasa dia cuba memahami perasaan aku. Mungkin dia takut aku sedih sampai tahap kronik. Aku sebenarnya biasa-biasa je. Aku kan jenis relax dan penyabar dalam menghadapi sebarang ujian.

Dalam perjalanan, bapak aku pesan, jangan bagitau mak dulu. Kita ambik mak kat sekolah. Kita bincang sama-sama. Rumah nenek jadi medan perbincangan. Semua keluarga aku termasuk Wak Asrok semua ada. Bapak aku buka mulut. Cerita apa yang berlaku. Semua pasang telinga. Mencari penyelesaian. Rupa-rupanya wak aku dah kenal dengan Madiwa. Dia kata bagus. Tak cukup dengan itu, masalah dibawa ke Jenjarom. Rumah Wak Mirah. Kakak bapak aku. Tempat bapak aku mengadu masalah. Keluarga dia semua dengar. Termasuk Ary dan Kak Limah. Rupanya Kak limah pun kenal Madiwa. Madiwa glamor kat Mesir. Takde apa pun yang penting mesyuarat keluarga ni. Cuma nak bagitau aku tak dapat pergi Mesir.

Petang tu, ada panggilan untuk aku. Kak Faizah telefon. Dia dapat maklumat tentang Madiwa. Nombor telefon dan alamat dia sekali. Dia carik sendiri semua tu. Jadi, apa tindakan kita seterusnya. Bapak aku memang cepat dalam bertindak. Dia selalu buat keputusan drastik. Tu yang aku pun selalu terikut-ikut. Aku malas nak pikir panjang-panjang. Kalau ada perkara yang perlukan pilihan, biasanya aku buat keputusan waktu tu jugak. Nasib baik Kak Izah telefon petang. Kalau tak, hari tu jugak aku dah sampai Madiwa.

Pagi Jumaat tu, pagi-pagi lagi kitorang dah bertolak. Sebelum tu singgah rumah nenek dulu. Mintak restulah konon-kononnya. Bapak aku sebenarnya tak tau pun Madiwa kat mana. Tapi dia memang jenis kuat tawakal dan kuat berjalan. Prinsipnya, selagi tak sesat, selagi tu tak tau jalan. Kitorang baru je ada kereta.  Rezeki lebih. Sebelum tu, pergi balik kisdar, naik motor buruk bapak aku je. Melihatkan keadaan kitorang, mestilah wak aku kesian. Mulanya kitorang ingat nak ganti-gantilah pandu kereta. Kalau bapak aku penat, ganti aku pulak. Wak aku pun menawarkan diri temankan sekali hantar aku. Boleh tukar-tukar driver. Aku pun bukan pandai sangat bawak kereta. Lepas tu singgah Jenjarom. Rumah Wak Mirah. Adalah 2-3 pesanan untuk aku belajar jauh-jauh ni. Sambil-sambil tu dia bagilah duit belanja sikit. Dapat je panggilan telefon dari Kak Izah semalam tu, aku terus kemas barang. Baju-baju dan dokumen-dokumen je. Barang-barang keperluan lain beli je kat Perak nanti. Malam tu bersiap apa yang patut. Pagi tu pagi-pagi lagi terus pergi.

Malam tu aku sampai ke Bagan Serai, Perak. Syahdu je rasanya. Inilah tempat aku. Aku seronok tengok rumah-rumah kampung kat situ. Macam kampung aku. Dengan pokok-pokok. Aku suka suasana macam ni. Aku tak tau mana wak aku nak ajak kitorang. Rupanya wak aku tu kenal budak-budak Madiwa dan lecturer-lecturernya. Mula-mula sekali kitorang pergi rumah Kak Am dan Kak ijan. Orang Banting. Anak murid wak aku. Wak aku yang rekomen-rekomenkan diorang ke Madiwa. Kitorang jadi tetamu diorang.’Taman Serai Wangi’ namanya. Malam tu kitorang rehat-rehat kat situ dan tidur situ. Bapak dan wak aku pergi rumah Ustaz Mansor. Dan dia bagi rumah kejap untuk wak dan bapak aku tidur. Alhamdulillah, sampai jugak aku ke Bagan Serai. Tempat yang bakal menjadi medan persinggahan aku.

Pagi tu aku daftar. Aku budak kisdar yang mula-mula sekali daftar. Ahlamdulillah lepas tu semua budak-budak kisdar yang lain yang ketinggalan kapal terbang mendaftar di Madiwa. Sejuk hati aku. Lepas daftar, aku carik barang. Barang keperluan harian. Lepas tu terus tengok asrama. Asrama aku biasa je. Asrama kayu. Aku disambut oleh budak-budak pra kat situ. Peramah-peramah semua. Bila aku sampai asrama maknanya selesailah sudah tugas mak bapak aku hantar aku ke sini. Masa diorang nak balik tu, mak aku nangis. Ish, rosak program aku. Aku datang sini nak belajar rajin-rajin. Kalau mak aku tak boleh senang, aku pun susahlah nak senang. Tapi itulah pengalaman aku mendaftar di Madiwa.

Aku nak cerita pulak macamana aku mendaftar di kisdar. Takde yang best pun dalam cerita ini. Semua biasa-biasa je. Sebelum aku masuk kisdar, aku duduk tingkatan 6 dulu. Lama jugak. Dekat setengah tahun. Sampai habis periksa pertengahan tahun. Habis je periksa, sekolah 2-3 hari, lepas tu cuti pertengahan penggal. Masa cuti itulah aku meluangkan masa untuk mendaftarkan diri ke kisdar. Sebenarnya periksa tu aku cuma ambik 1-2 madah awal je. Masa periksa tu aku demam. Jadi, tak larat nak pergi sekolah. Jadinya madah-madah lain aku tak ambik. Kawan-kawan aku yang lain ingat aku dah berhenti sekolah sebab tak ambik periksa. Elok-elok je semalam tu habis exam, esok tu aku pergi sekolah lengkap dengan pakaian seragam. Pelik le member-member aku. Aku jawablah aku demam. Dan madah-madah tu aku akan ambik bila aku ada kelapangan. Tapi rezeki aku nak ambik periksa tu tak dapat sebab aku cabut pergi kisdar. Kebetulan kisdar tu pendaftarannya masa cuti. Sepanjang cuti seminggu itulah aku berkubang dengan minggu orentasi kisdar. Habis seminggu tu, kitorang semua balik kampung. Esok tu sekolah bukak. Boleh je aku nak pergi sekolah balik sebab masa tu aku tak berenti sekolah lagi. Tapi aku tak lah buat lawak sampai macam tu sekali.

Mula-mula dapat tawaran kisdar tu, wei, kecoh kau. Macam orang dapat ‘u’. he..he.. tapi kolej je pun. Meriah jugak rumah aku dengan sanak saudara. Ye lah, masa tu jarang orang dapat sambung belajar. Dah kira jadi kebanggaan keluarga. Tapi sekarang ni kalau setakat diploma orang tak heran mana.bapak aku sewa teksi hantar aku pergi kisdar. Nasib baik aku pernah pergi kisdar sebelum ni. Akulah jadi tukang tunjuk jalannya. Masa nak pergi dari rumah tu keluarga nangis-nangis ni. Wak-wak aku, jiran sebelah rumah, mak, bapak, nenek semua nangis. Aku tak nangis sebab aku malu nak nangis. Dah nak menitis aku tahan. Tapi sekarang ni kalau dipikir-pikir. Hek elleh.. dekat je pun. Shah Alam je. Tu pun sampai bersyahdu shahdan.

Masa pendaftaran tu, aku rasa diri aku baru. Yelah, jadi ahli baru, dengan semangat baru, jiwa baru, serba serbi baru. Aku nampak ramai kawan-kawan lama aku pun ada mendaftar sama. Meriah. Aku rasa dalam ramai-ramai budak baru ni. Budak samttar paling ramai. Mestilah aku seronok. Sebab geng aku ramai. Tu je lah. Takde apa-apa cerita pun. Lepas habis mendaftar, startlah minggu orientasi.

Zaman aku, minggu orentasi perit. Senior-senior ni memang nak bunuh kitorang kot. Seminggu kitorang tak dibagi mandi dan membasuh. Badan masing-masing bau macam zibalah. Asrama siap tak berkipas lagi. Sengsara. Haus gila. Sampai tahap kritikal. Kalau ada ceramah tu sampai ‘ee.. sedapnya air mineral tu’. Cawan air kitorang kecik sangat pulak tu. Masa makan, secawan tu je dia bagi. Budak laki lagilah. Sampai jadi isu hangat pasal diorang minum air paip tak tahan dahaga. Sikit-sikit kena denda, sikit-sikit kena denda. Denda yang kitorang tak boleh terima. Kitorang macam orang bodoh je. Tak padan dengan kesalahan. Kadang tu tak buat salah pun. Kena denda jugak. Masa dah lah pack sangat. Kelam kabut nak mampos. Lambat, denda. Siap kena maki hamun. “lembab! Tembel!” kena sejibik. Kena marah teruk-teruk. Tak pikir dah perasaan orang. Siap dengan bahasa kesat. Tu ke cara nak tarbiyah orang? Kitorang dipaksa tak boleh tidur. Memang program tu penuh paksaan. Kalau ada ceramah tu, disiplin siap round. Siap siapa tidur. Tapi kitorang memang tak cukup tidur. Paling sedih rupanya ada antara kitorang yang tak jaga solat. Demi masa, solat tak ambik wudhu’. Alhamdulillah setiap kali solat, aku sempat ambik wudhu’. Tapi solat aku dhoif. Aku ngantuk. Waktu berdiri pun aku boleh tidur, terer tak. Kalau kena ketuk ketampi tu, sampai ketar-ketar kaki. Banyak sangat. Siap ada yang pengsan sebab kena ketuk ketampi 40 kali. Tapi lepas orentasi tu, memang jadi dendamlah kat kitorang pada senior-senior kitorang. Diorang amat jauh dalam hati kitorang. Gap kitorang memang luas. Setahun hati ni sakit. Siap korang. Kitorang ni ramai. Batch kitorang sahaja 400 orang nak bandingkan dengan diorang 200 kalau dicampur batch 1st, 2nd dan 3rd. Perang dingin kitorang sebenarnya panas. Asrama pun, kalau ikut diorang nak yang class-class. Elleh, boleh bla! Suara hati kiorang akhirnya tertafsir semasa pilihanraya. Tak malu ke ‘hamba Allah’ tu dapat jumlah undi dhoif dengan angka ‘0’ dari puak-puak kitorang. Tapi dia dapat angka jugak. Mungkin orang yang terpangkah dia tu bukan dari puak kitorang. Saya rasa mungkin itu pengalaman best ‘hamba Allah’ tu belajar kat kisdar. Sayonara untuk awak.

Dalam banyak-banyak pengalaman aku, usia 18-20 paling mencabar. Aku tak tau mungkin ada cabaran-cabaran lebih best lagi selepas ni. Aku masih muda. Umur aku baru 22 tahun. Jalan untuk aku tempuh masih panjang. Sepanjang aku kat kisdar.setiap kali cuti semester mesti aku busy. Dengan hal peribadi. Cuti pertengahan tahun aku yang pertama, boleh dikatakan aku relax sikit. Cuti 5 minggu. 2 minggu pertama dan akhir aku kat rumah. Minggu ke 3, aku kursus komputer kat kisdar seminggu. Tu je. Cuti akhir tahun 3 bulan. Aku ambik express. 2 kali. Tahun 1 dan tahun 2. Cuti pertengahan tahun tu yang aku busy. 5 tugas dalam tangan aku. Asalnya sepanjang cuti 5 minggu tu aku ada kerja kat kisdar. Persiapan konvokesyen ke-2. Tapi aku tarik diri sebab aku ada banyak kerja lain. Malam nak balik kampung tu. Aku ada mesyuarat konvo. Balik pukul 12 tu. Bait aku buat party. Sempena birthday 2 orang ahli bait kami dan majlis akhir semester. Macam-macamlah program kitorang buat. Buat persembahan sorang-sorang. Sampai pukul 3 baru tidur. Esok pagi tu aku tunggu bapak aku tak sampai-sampai. Janji pukul 8 nak ambik. Pukul 10 baru sampai. Rupanya mak aku masuk hospital malam tu. Tumpah darah. Mak aku masa tu tengah ngandungkan adik aku Rashdan. Kitorang terus ke hospital Banting. Sampai-sampai je. Bapak aku terus tidur kat kereta. Kesian dia. Malam tadi sampai pukul 3 berjaga uruskan mak. Sampai dekat zohor baru dia bangun. Aku pulak sebagai tugas aku, melayan orang yang datang ziarah. Zohor tu, kitorang adik beradik balik rumah. Solat kat rumah. Kat rumah aku tidur. Bapak aku siapkan pakaian dan keperluan untuk mak aku. Malam tadi tak sempat sebab urgent. Bapak aku kejutkan aku ajak pergi hospital. Aku pun tak tidur malam tadi jugak. Mesyuarat dan majlis tu lah. Aku tak larat dah nak pergi hospital. Bapak aku dah dan tidur kat hospital tadi. Jadi, dia pergi dengan adik-adik aku je. Aku kat rumah tidur.

Hari isnin tu mak aku kat hospital lagi. Dah 3 hari. Hari ni semua sekolah. Pagi-pagi lagi aku kena siap-siapkan pakaian dan sarapan adik-adik aku. Gosok baju bapak dan baju sekolah adik-adik aku. Lepas tu hantar diorang pergi sekolah. Selalunya yang buat kerja ni mak aku. Bila adik aku dah pergi sekolah semua baru aku rasa lega. Settle kerja aku. Alamak, baru aku teringat. Aku ada kelas driving hari ini. Aku kelam kabut siap-siapkan orang, diri aku tak siap-siap lagi. Aku terus bersiap. Dan dengan bismillah aku baru nak mendaftar sebenarnya. Belajar bawak kereta. Balik dari belajar kereta, aku ingat aku boleh rehat. Rupanya aku tak masak lagi. Bapak dengan adik-adik aku balik mesti diorang lapar. Siap masak, ambik adik-adik aku kat sekolah. 3 orang sekali 1 motor engko. Dengan beg besar-besar kat depan. Sepatutnya pagi tu aku siap-siapkan sarapan untuk budak-budak ‘pasti’. Tapi disebabkan aku ada kelas driving aku tinggal semua. Balik-balik tu, dapur aku dah penuh dengan cawan-cawan kotor dan talam-talam bekas diorang makan. Rupanya mualimah tu sendiri yang masuk dapur aku, masak air, siap-siapkan sarapan budak-budak tu. Ish, malu la pulak aku. Selalunya makanan-makanan diorang mak aku yang uruskan. Tak apalah. Masa susah ni, sama-samalah kita tolong-menolong.

Aku sebenarnya ada tugas petang tu. Ganti mak aku ngajar. Aku tak pernah mengajar. Jadi, semua urusan aku, aku atur sendiri. Mula-mula tu aku blank tak tau nak buat apa. Ye la, aku baru balik first driving class aku. Mestilah aku bingung tengah-tengahhari macam ni. Mak bapak aku tak ada. Aku try tenangkan keadaan. Aku pikir satu-satu. First, mestilah aku kena bersiap dulu. Aku tak tau aku nak bawak apa pergi sekolah. Aku ingat-ingat balik apa mak aku bawak kalau dia nak pergi sekolah. Mestilah beg dia. Aku tak tau apa ada kat dalam beg dia. Aku bawak je pergi sekolah. Sampai sekolah, mestilah aku malu nak masuk. Dan aku tak tau nak pergi mana. Bertenang puza. Aku cuba pujuk diri. Aku pikir satu-satu. Mestilah mula-mula sekali aku kena pergi pejabat dulu. Masuk pejabat. Aku salam dulu dengan ustazah-ustazah yang ada. Aku bagitau mak aku masuk hospital. Nasib baik diorang dah kenal aku. Kalau tak. Ish, sapa nih? Mestilah aku malu nak kenalkan diri. Diorang ni dulu ustazah-ustazah  aku jugak. Dan kawan-kawan mak aku. Tu yang kitorang saling kenal mengenali. Bila dah loceng. Sorang ustazah tunjukkan kelas aku. Ish, seganlah pulak nak masuk kelas. Mestilah budak-budak pelik. Ustazah baru kan. Aku buat selambe. Lagak bagai seorang guru.

Hari first tu, aku banyak bertanya-tanya pada murid-murid apa yang biasa ustazah sebelum ni mengajar. Buat latihan macamana, baca macamana, kalau ustazah nak masuk nak keluar macamana dan apa-apa yang patut. Itulah dia pengalaman hari first aku. Itulah dia duty aku sepanjang cuti 5 minggu tu.

Tapi panas tak sampai petang. Aku kena tempuh jugak hujan. Masa cuti tu jugak aku dapat tanda ekzos. Dah tua-tua pun kena ekzos. Aku dapat hadiah tu masa ambik adik aku balik sekolah. 2 orang kat belakang dengan 2 beg besar-besar kat depan. Macamana entah aku lalu kat batu kelikir. Licin rupanya. Terjatuhlah. Dahlah bawak motor orang. Dolah masa tu darjah 1. Dia nangis. Aku gabra la. Aku suruh Amin angkat motor bawak rumah tuannya. Aku dah rasa kaki aku kena ekzos. Aku rasa melecet. Sebab lepas tu kena tempat pijak kaki. Sebab adik aku nangis, aku tak sempat nak tengok. Bila aku tengok kaki aku, adik aku terdiam. Syabas untuk aku dapat hadiah tu. Tandanya masih ada walau dah 3 tahun berlalu.

Satu lagi hujan yang aku kena tempuh. Aku terpaksa sekali sekala ponteng kerja semata-mata nak buat tesis. Aku buat tesis pasal pusat serenti. Pengalaman best untuk aku. Walaupun sampai tension-tension dibuatnya. Alhamdulillah aku puas hati dengan kerja aku.

Dan ini dia hujan paling lebat yang aku tempuh sampai aku pun hujan. 3 kali dik. Aku ambik lesen. 2 kali tak lulus. Sampai aku fobia bila lalu je depan sekolah memandu tu. Kali pertama aku relax lagi. Tak ada apa-apa yang mengusik hati aku walaupun sedih jugak sebenarnya. Kali ke-2 tu lah aku banjir. ‘pasal pe’. Tu yang selalu aku ulang. ‘pasal apa’. Udah le tu. Benda dah berlalu. Lagi pun aku dah najah. Kali ke-3 tu baru lulus. Tapi aku tak gembira dengan kelulusan tu sebab 2 kegagalan yang lalu.

Huh, macam-macam rupanya cerita aku. Aku tak sangka. Rupanya aku ada macam-macam pengalaman hidup. Aku ingat aku ni biasa-biasa je. Tak ada apa-apa. Rupanya ada jugak benda yang boleh dibuat cerita walaupun tak seberapa.

**********

Haha.. itu je yang boleh dipublishkan. Banyak jugak cutting-cutting tu. Sebab haha.. segan nak diceritakan. Jiwa budak-budak lagi masa tu. Sampai nak katanya budak-budak, dulu kat Mesir surat menyuratnya guna emel. Masa tu facebook mana ada lagi. Dan emel tu saya guna sampai saya bekerja. Tapi nicknamenye ngada-ngada. Bila nak hantar emel pada kawan kerja, nickname tu yang naik. Try tukar tak boleh pulak. Last-last buat emel baru, haha. Kalau kawan tu rapat takpe gurau-gurau camtu. Ni emel nak hantar PPD atau guru-guru sekolah lain. Tak ke memalukan diri sendiri jadinya.

Bila dimuhasabah-muhasabah balik sebenarnya dewasa ini cabarannya lebih besar lagi. Kalau dulu cabarannya hanya bermain sekitar diri sendiri sahaja. Tapi bila dewasa, cabarannya berhadapan dengan dunia realiti, membina manusia, dalam bidang yang lebih luas dan sangat kompleks. Tapi hakikatnya sama je. Kita usaha selesaikan sahaja semua persoalan matematik yang ada. Itulah kepuasan sebenarnya. Dan sentiasa bercita-cita pada matlamat utama kita, iaitu untuk mencapai keredhoan Allah s.w.t

Monday 24 December 2012

Tunggu nak meletup je!!



Kenapa saya asyik fikir hal budak-budak ye? Tak ramai yang nak dengar kalau saya cerita hal remaja masa kini. Kalau cerita dengan kawan-kawan pun.. entah, fikrah tak sama la.. kalau cerita dengan  family, insya’ Allah boleh rancakla sebab mak, bapak, adik-beradik kebanyakannya latar belakang pendidik. Respon-responnya pun membuka banyak jalan dan penguraian. Suami juga, pendorong dan penyokong paling utama. Tapi tak boleh cerita banyakla sebab takut masuk bab-bab yang buruk, umpat dan fitnah. Maklumla, budak-budak ni manusia jugak. Jatuh hukum yang sama kalau buruk-buruk ni, ‘dosa’. Jadi, selebihnya biarla saya fikir sendiri. Sebaiknya mengadap sendiri budak-budak yang berkenaan.

Tak tau la kenapa, apa diorang buat, nampak aje buruknya. Baru ni masa result PMR keluar, tengok gambar-gambar suasana keputusan PMR kat surat kabar dan facebook budak sekolah lain, cantik je pakaian dia. Sama ada sekolah tu pakai baju sekolah, atau t-shirt sekolah. Sekolah biasa tu! Sekolah kita? Salah ke pakai baju biasa? Ai.. kalau gambar masuk surat kabar memang saya malu la. Saya sorang je yang malu kot. Sebab pakaian macam nak pergi shopping kompleks! Ranggi, tak berciri budak sekolah agama pun. Tapi sopan sikit dari tengok dorang pergi shopping kompleks la. Kalau tengok dorang berhang out, fuh, kalah artis k-pop! Dari cap, t-shirt, jeans, kasut, tali pinggang, beg, earphone, dengan gaya berjalan macam monyet, fuh, hensem habis! Banyak duit mak bapak dorang ye?

Yang perempuan, nak tengok dorang pakai tudung labuh memang susahla. Ee.. bikin malu je pakai tudung labuh ni. Tak kisah pun kalau tak nak pakai tudung labuh. Tapi biarla bidang tudung tu besar. Tak mampu pakai yang bidang 60”, pakaila yang bidang 55”. Yang bidang lagi kecik dari tu tak payahla. Kalau tak nak ngaku budak sekolah agama, tak nak orang tau korang budak sekolah agama, tak payahla sekolah agama! Dok sekolah biasa pun ok jugak pe. Pakai tudung jugak kan? Tapi kalau aurat tak ditutup dengan sempurna, pakaian singkat, ketat, jarang, transparent. Nak salahkan siapa ye?

Pelik la, budak sekolah agama nak sangat mengikut-ikut gaya yang bukan-bukan. Padahal budak sekolah biasa bukan main jatuh cintanya tengok budak-budak sekolah agama yang imej macam ustaz-ustaz, rajin pergi masjid, yang puteri tudung labuh-labuh. Nampak bersih dan tenang je. Dan pelikla, tengok dorang suka sangat buat benda bukan-bukan. Apa yang seronoknya pun saya tak faham.

16 Disember lepas, saya baca surat kabar tentang seorang remaja di Amerika Syarikat mengamuk di sekolah dan membunuh 28 orang termasuk dirinya. Dan kejadian ini merupakan kejadian yang keempat dalam tempoh 5 bulan! Alhamdulillah Malaysia belum pernah ada rekod kes sebegini. Di surat kabar itu juga ditunjukkan senarai-senarai kes amuk yang berlaku di sekolah dan universiti di Amerika Syarikat sahaja sepanjang abad ke21 (tahun 2000) yang melibatkan angka maut yang ramai.

Terfikir tak kita kenapa begini jadinya? Tau tak, ia sebenarnya bermula daripada aktiviti-aktiviti remaja yang bukan-bukan yang kononnya membawa keseronokan yang entah macamana, padahal kesannya kesengsaraan demi kesengsaan tapi disembunyikan di dalam hati. Yang terlontar dari air muka dan perilaku mereka hanya keseronokan, hakikatnya perasaan dalaman hati mereka hanya menanti saatnya meletup! Bila meletup, tu yang jadi amuk macam kat Eropah sekarang. Nak ke Malaysia bina rekod begitu?

Pelikla, siapalah yang menyebarkan dakyah yang mengatakan aktiviti yang bukan-bukan yang jauh dari nilai-nilai agama begitu menyeronokkan. Orang suruh sebar dakwah, bukan suruh sebar dakyah! Dan siapalah yang sebarkan dakyah yang kata aktiviti-aktiviti agama ni bosan, tak best, imej yang memalukan, malu orang kata kita baik? Puteri malu nak pakai labuh-labuh, putera malu nak berkopiah-kopiah, berat nak ke musolla, rasa macam.. aduh.. seksanya jiwa raga!

Saya nak kaitkan dengan bi’ah sekolah. Watak sekolah sebenarnya terbentuk mengikut dominasi personaliti pelajar. Kalau majoriti pelajarnya berpersonaliti agama, maka wajah sekolah akan terbentuk dalam bentuk agama. Dan sebaliknya kalau sekolah didominasi pelajar-pelajar yang fasik, yang rosak jiwanya, maka natijahnya kita akan lihat kenakalan-kenakalan dari pelbagai sudut, tak kira waktu di asrama, waktu cuti, waktu-waktu senggang, hatta nilai fasik itu boleh dilihat pada program-program yang pelajar anjurkan, dari segi tema pakaian (saya lihat pada pakaian lelaki semasa majlis makan malam), pengisian program yang penuh lagho dan cara pergaulan. Pelajar-pelajar yang lain hanya lalang. Lalang mengikut sahaja ke mana angin itu bertiup.

Siapa yang menjadi kepala dominan ini? Kesimpulannya, siapa yang dominan, dialah yang akan menakluk dan menawan sambbst! Kalau tarik kawan-kawan dan adik-adik imaroh musolla atau study adalah jugak untungnya untuk akhirat. Tapi kalau tarik kawan-kawan dan bagi contoh negatif pada adik-adik pada perkara lagho dan merugikan masa depan, apa maknanya? Jadi agen tarik manusia ke jalan yang salah. Tak patut pulak kalau cakap jadi agen syaitan untuk cari keahlian untuk memenuhkan tempat di ______.

“kitorang bukan buat apa pun, kitorang bukan jahat, kitorang tak mencuri, tak pukul orang, kitorang cuma nakal je”

Itulah yang selalu saya dengar daripada alasan pelajar. Benda lagho boleh dia kata tak salah? Tu la, tak nak tadabbur al-Quran. Dalam Quran banyak cerita tentang orang-orang yang lalai! Di mana tempatnya untuk orang-orang yang leka? Di ______ kan?

Saya pun ngaku jugakla. Saya pun kadang buat jugak hal lagho. Saya cakap ni terutama nak ingatkan diri sendiri. Tapi apa salahnya kita kongsi sama-sama. Berusaha jauhi perkara lagho, berusaha aktifkan amalan solehah. Tolong ye..

Thursday 20 December 2012

Hadith tentang ilmu

1. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga." (HR. Muslim)

2. Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah diangkatnya ilmu, munculnya kebodohan, banyak yang meminum arak, dan timbulnya perzinaan yang dilakukan secara terang-terangan." (Shahih Muslim No.4824)

3. Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Hari kiamat semakin mendekat, ilmu akan dicabut, fitnah akan banyak muncul, sifat kikir akan merajalela dan banyak terjadi haraj."
Para sahabat bertanya: "Apakah haraj itu?"
Rasulullah SAW. menjawab:
"Yaitu pembunuhan." (Shahih Muslim No.4827)

4. Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan cara mencabutnya begitu saja dari manusia, akan tetapi Allah akan mengambil ilmu dengan cara mencabut (nyawa) para ulama, sehingga ketika Allah tidak meninggalkan seorang ulama pun, manusia akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh yang apabila ditanya mereka akan memberikan fatwa tanpa didasarkan ilmu lalu mereka pun sesat serta menyesatkan." (Shahih Muslim No.4828)

5. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat." (HR. Ar-Rabii')

6. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat ialah seorang alim yang Allah menjadikan ilmunya tidak bermanfaat."(al-Baihaqy)

7. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Niscaya Allah akan meninggikan beberapa derajat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat." (Qur’an Al mujadalah 11)

8. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah)." (HR. Ibnu Majah)

9. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu niscaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga." (Shahih Al jami)

10. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali." (Shahih Tirmidzi)

11. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu." (HR. Ath-Thabrani)

12. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Qur’an dan yang mengajarkannya." (HR bukhari )

13. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Kelebihan seorang alim (ilmuwan) terhadap seorang 'abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang." (HR. Abu Dawud )

14. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah akan memberikannya pemahaman terhadap Agama." (Sahih Ibnu Majah)

15. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Duduk bersama para ulama adalah ibadah." (HR. Ad-Dailami)

16. Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain." (Shahih Muslim No.1352)

17. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Termasuk mengagungkan Allah ialah menghormati (memuliakan) ilmu, para ulama, orang tua yang muslim dan para pengemban Al Qur'an dan ahlinya, serta penguasa yang adil." (HR. Abu Dawud dan Aththusi)

18. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan aka dilipat gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan, ”Alif, lam, mim” satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf." (HR Bukhori)

19. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Janganlah kalian menuntut ilmu untuk membanggakannya terhadap para ulama dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangainya. Jangan pula menuntut ilmu untuk penampilan dalam majelis (pertemuan atau rapat) dan untuk menarik perhatian orang-orang kepadamu. Barangsiapa seperti itu maka baginya neraka … neraka." (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

20. Hadis riwayat Abu Musa ra.:
Dari Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda:

"Perumpamaan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung dalam mengutusku untuk menyampaikan petunjuk dan ilmu adalah seperti hujan yang membasahi bumi. Sebagian tanah bumi tersebut ada yang subur sehingga dapat menyerap air serta menumbuhkan rerumputan dan sebagian lagi berupa tanah-tanah tandus yang tidak dapat menyerap air lalu Allah memberikan manfaatnya kepada manusia sehingga mereka dapat meminum darinya, memberi minum dan menggembalakan ternaknya di tempat itu.

Yang lain menimpa tanah datar yang gundul yang tidak dapat menyerap air dan menumbuhkan rumput. Itulah perumpamaan orang yang mendalami ilmu agama Allah dan memanfaatkannya sesuai ajaran yang Allah utus kepadaku di mana dia tahu dan mau mengajarkannya. Dan juga perumpamaan orang yang keras kepala yang tidak mau menerima petunjuk Allah yang karenanya aku diutus." (Shahih Muslim No.4232)

21. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu dirahasiakannya maka dia akan datang pada hari kiamat dengan kendali (di mulutnya) dari api neraka." (HR. Abu Dawud)

22. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat ialah seorang alim yang Allah menjadikan ilmunya tidak bermanfaat." (HR. Al-Baihaqi)

23. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila kamu melihat seorang ulama bergaul erat dengan penguasa maka ketahuilah bahwa dia adalah pencuri." (HR. Ad-Dailami)

24. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak menahan ilmu dari manusia dengan cara merenggut tetapi dengan mewafatkan para ulama sehingga tidak lagi tersisa seorang alim. Dengan demikian orang-orang mengangkat pemimpin-pemimpin yang dungu lalu ditanya dan dia memberi fatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan." (Mutafaq’alaih)

25. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Saling berlakulah jujur dalam ilmu dan jangan saling merahasiakannya. Sesungguhnya berkhianat dalam ilmu pengetahuan lebih berat hukumannya daripada berkhianat dalam harta." (HR. Abu Na’im)

26. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sedikit ilmu lebih baik dari banyak ibadah. Cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri." (HR. Ath-Thabrani)

27. Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam membaca firman Allah yang berbunyi:

"Dialah yang menurunkan Alkitab (Al-Quran) kepada kamu. Di antara isinya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah.

Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan orang-orang yang berakal."

Setelah membaca firman tersebut Rasulullah SAW. bersabda:

"Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat dari Al-Quran, maka mereka itulah orang-orang yang telah disebut oleh Allah. Maka waspadalah terhadap mereka." (Shahih Muslim No.4817)


28. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:
"Apabila anak adam meninggal dunia, terputuslah ilmunya kecuali tiga perkara, yaitu: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak sholih yang mendo'akannya." (HR. Muslim)

29. Dari abu Ummah r.a. bahwasannya Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

”Keutamaan orang berilmu terhadap seorang ahli ibadah seperti keutamaan aku terhadap orang yang paling rendah diantara kamu."

Selanjutnya, Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah, para Malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi hingga semut yang berada di dalam lubangnya dan ikanpun benar-benar bersholawat untuk mereka yang mengajarkan kebaikan kepada orang-orang." (H.R. At-Tarmidzi. Dia berkata: "Hadits hasan")

30. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:
"Sebaik-baiknya pembantu iman adalah ilmu. Sebaik-baiknya pembantu ilmu adalah akal. Sebaik-baiknya pembantu akal adalah kelembutan. Sebaik-baiknya pembantu kelembutan adalah kelunakan." Biharul Anwar 75/52

31. Dari Abdullah bin'Amr radhiyallahu anhuma, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam berlindung dari empat perkara yaitu:
1. Ilmu yang tidak bermanfaat.
2. Hati yang tidak khusyu’.
3. Doa yang tidak didengar.
4. Jiwa yang tidak kenyang.

32. Diriwayatkan pula oleh Tirmidzi dari hadits Abu hurairah yang semisal dengan hadits 123, tetapi beliau menambahkan di akhir do’a dengan lafadz, "Dan tambahkanlah padaku ilmu, segala puji bagi Allah atas setiap keadaan, dan aku berlindung kepada-Nya dari keadaan penduduk neraka."
(Sanad hadits ini hasan)

33. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:
"Apabila seorang manusia meninggal maka terputuslah pahala segala amalannya kecuali dari tiga perkara yaitu sadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakannya." (HR. Muslim no. 1631)

Hadith tentang wanita


1. Abdullah bin Amr r.a meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah." (HR. Muslim no. 1467)

2. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Umar ibnul Khaththab radhiallahu'anhu:

"Maukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perbendaharaan seorang lelaki, yaitu istri shalihah yang bila dipandang akan menyenangkannya, bila diperintah akan mentaatinya, dan bila ia pergi si istri ini akan menjaga dirinya." (HR. Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil rahimahullah berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: "Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.")

3. Berkata Al-Qadhi ‘Iyyadh rahimahullah:

"Tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menerangkan kepada para sahabatnya bahwa tidak berdosa mereka mengumpulkan harta selama mereka menunaikan zakatnya, beliau memandang perlunya memberi kabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal yaitu istri yang shalihah yang cantik (lahir batinnya) karena ia akan selalu bersamamu menemanimu.

Bila engkau pandang menyenangkanmu, ia tunaikan kemahuanmu bila engkau mahukannya. Engkau dapat bermusyawarah dengannya dalam perkara yang dapat membantumu dan ia akan menjaga rahasiamu. Engkau dapat meminta bantuannya dalam keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan bila engkau meninggalkannya ia akan menjaga hartamu dan memelihara/mengasuh anak-anakmu." (‘Aunul Ma‘bud, 5/57)

4. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah pula bersabda:

"Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, yaitu wanita (istri) yang shalihah, tempat tinggal yang luas/ lapang, tetangga yang shalih, dan tunggangan (kendaraan) yang nyaman. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan yaitu tetangga yang jelek, istri yang jelek (tidak shalihah), kendaraan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit." (HR. Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, dishahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Al Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282)

5. Ketika Umar ibnul Khaththab radhiallahu'anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam:

"Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?" Beliau Shallallahu'alaihi wa sallam menjawab:

"Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berdzikir dan istri mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat." (HR. Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahih Ibnu Majah no. 1505)

6. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bagi lelaki yang ingin menikah:

"Wanita itu dinikahi karena empat perkara yaitu karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466)

7. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

"Wanita (istri) shalihah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikarenakan Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)

8. Al Bukhori meriwayatkan dari Abu Hurairah rodhiallohu anhu dari Nabi Shollallohu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, yang artinya:

"Barangsiapa yang beriman kepada Alloh dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, dan berbuat baiklah kepada wanita. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bagian atasnya. Jika engkau meluruskannya. Maka engkau mematahkannya dan jika engkau biarkan, maka akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berbuatlah baik kepada wanita." (HR. Bukhori dan Muslim)

9. Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa'di rahimahullah berkata:

"Tugas seorang istri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, karena itulah Allah berfirman:

"Wanita shalihah adalah yang taat," yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada." Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya." (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)

10. Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila seorang wanita shalat lima waktu, puasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam surga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR. Ahmad 1/191, dishahihkan Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah dalam Shahihul Jami’ no. 660, 661)

11. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Maukah aku beritahukan kepada kalian, istri-istri kalian yang menjadi penghuni surga yaitu istri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata:

"Aku tak dapat tidur sebelum engkau ridha."
(HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah, Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)

12. Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidak halal bagi seorang istri berpuasa (sunnah) sementara suaminya ada (tidak sedang bepergian) kecuali dengan izinnya". (HR. Al-Bukhari no. 5195 dan Muslim no. 1026)

13. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda:

"Allah tidak akan melihat kepada seorang istri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia memerlukannya." (HR. An-Nasai dalam Isyratun Nisa. Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 289)

14. Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:
"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil istrinya ke tempat tidurnya lalu si istri menolak (enggan) melainkan yang di langit murka terhadapnya hingga sang suami ridha padanya." (HR. Muslim no.1436)

15. Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila seorang istri bermalam dalam keadaan meninggalkan tempat tidur suaminya, niscaya para malaikat melaknatnya sampai ia kembali (ke suaminya)." (HR. Al-Bukhari no. 5194 dan Muslim no. 1436)

16. Ahmad dari Abu Hurairoh rodhiallohu anhu dari Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, yang artinya:

"Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, jika kamu meluruskannya. Maka kamu mematahkannya. Jadi, berlemah lembutlah terhadapnya, maka kamu akan dapat hidup bersamanya.” (HR Hakim, shohih)

17. Kisah wanita yang akan berangkat menunaikan shalat 'ied, ia tidak memiliki jilbab, maka diperintah oleh Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam:

"Hendaknya Saudarinya meminjaminya Jilbab untuknya." (HR. Bukhari No. 318).

18. Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda di akhir kehidupannya, dan hal itu terjadi pada haji Wada’:

"Ingatlah, berbuat baiklah kepada wanita. Sebab, mereka itu (bagaikan) tawanan di sisi kalian. Kalian tidak berkuasa terhadap mereka sedikit pun selain itu, kecuali bila mereka melakukan perbuatan nista. Jika mereka melakukannya, maka tinggalkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukul lah mereka dengan pukulan yang tidak melukai.

Jika ia mentaati kalian, maka janganlah berbuat aniaya terhadap mereka. Mereka pun tidak boleh memasukkan siapa yang tidak kalian sukai ke tempat tidur dan rumah kalian. Ketahuilah bahwa hak mereka atas kalian adalah kalian berbuat baik kepada mereka (dengan mencukupi) pakaian dan makanan mereka." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah, shohih)

19. Ummu Salamah berkata:
"Wahai Rasulullah, bagaimana wanita berbuat dengan pakaiannya yang menjulur ke bawah?"

Beliau bersabda:

"Hendaklah mereka memanjangkan satu jengkal",
lalu ia bertanya lagi:
"Bagaimana bila masih terbuka kakinya?"
Beliau menjawab:

"Hendaknya menambah satu hasta, dan tidak boleh lebih". (HR. Tirmidzi 653 dan berkata: "Hadits hasan shahih").

20. Aisyah berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?"
Jawab Rasulullah,
"Suaminya. "
"Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah,
"Ibunya."

21. Hadits yang diriwayatkan dari Sa’ad rodhiallohu anhu bahwa Rosululloh shollallohu'alaihi wa salam bersabda padanya:

"Apapun yang engkau berikan berupa suatu nafkah kepada keluargamu, maka engkau diberi pahala, hingga sampai sesuap makanan yang engkau angkat (masukkan) ke mulut istrimu." (HR Bukhori Muslim)

22. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang artinya:

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya…" (QS Ar Ruum: 21)

22. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang artinya:

"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min:

"Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang." (QS. Al-Ahzab: 59).

23. Al-Hushain bin Mihshan rahimahullahu menceritakan bahwa bibinya pernah datang ke tempat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam karena satu keperluan. Seselesainya dari keperluan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya:
"Apakah engkau sudah bersuami?"

Bibi Al-Hushain menjawab:
"Sudah."
"Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu?" tanya Rasulullah lagi.
Ia menjawab:
"Aku...
tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu."

Rasulullah bersabda:
"Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena SUAMIMU ADALAH SURGA DAN NERAKAMU."
(HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat Ash-Shahihah no. 2612)

24. Di dalam kisah gerhana matahari yang mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para shahabatnya melakukan shalat gerhana padanya dengan shalat yang panjang, beliau melihat surga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para shahabatnya:

"… Dan aku melihat NERAKA maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum WANITA."

Para shahabat pun bertanya:
"Wahai Rasulullah, Mengapa (demikian)?"

Beliau menjawab:
"Karena kekufuran mereka."

Kemudian mereka bertanya lagi:
"Apakah mereka kufur kepada Allah?"

Beliau menjawab:
"Mereka kufur (durhaka) terhadap suami-suami mereka, kufur (ingkar) terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) niscaya dia akan berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu."
(HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

25. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:
"Ada dua kelompok termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihatnya:

Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengan cambuknya, dan wanita yang kasiyat (berpakain tapi telanjang baik karena tipis, atau pendek yang tidak menutup semua auratnya), Mailat mumilat (bergaya ketika berjalan, ingin diperhatikan orang) kepala mereka seperti punuk onta yang berpunuk dua.

Mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan baunya padahal bau surga itu akan didapati dari sekian dan sekian (perjalanan 500 tahun)." (HR. Muslim 3971, Ahmad 8311 dan Imam Malik 1421).

26. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Wahai Asma, sesungguhnya apabila wanita sudah mendapatkan haid (yakni, telah melewati usia kanak-kanak) maka yang layak untuk dilihat darinya hanyalah ini dan ini saja."
Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam mengisyaratkan pada wajah dan kedua telapak tangannya.

27. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (QS. An-Nur : 31)

28. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

 "Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (HR. Nasaii ibn Khuzaimah & Hibban).

29. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kudung hingga menutupi dada mereka." (QS. An-Nur : 31)

30. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikir giginya." (HR. At-Thabrani)

31. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari pada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (HR. At-Thabrani & Baihaqi)

32. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukan sebagian dari pandangannya." (QS. An-Nur : 31)

33. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhir nanti." (HR. Abu Daud)

34. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya." (HR. Bukhari & Muslim)

35. Dari Hamzah bin Abi Usaid al-Anshari, dari bapaknya, bahwa ia telah mendengar Rasulullah Shollallahu'alaihi wa Sallam bersabda kepada para wanita (saat itu beliau sambil keluar dari masjid, dan terlihat laki-laki dan wanita berbaur di jalan):

"Minggirlah kalian, karena tidak layak bagi kalian untuk berjalan di tengah. Kalian harus berjalan di pinggir." Sejak saat itu, ketika para wanita berjalan keluar, mereka berjalan ditepi tembok. Bahkan baju-baju mereka sampai tertambat di tembok, karena begitu dekatnya mereka dengan tembok ketika berjalan. (HR. Abu Daud; HASAN)

36. Dari 'Uqbah bin 'Amir rodhiyallohu'anhu, bahwa Rasulullah Shollallahu'alaihi wa Sallam:

"Berhati-hatilah dari menemui wanita."
Lalu berkata salah seorang dari Anshar:
"Wahai Rasulullah, bagaimana dengan saudara dari suami?"
Beliau bersabda:
"Saudara suami adalah kematian."

37. Dari ('Abdullah) bin 'Umar rodhiyallohu'anhu berkata:
Rasulullah Shollallohu'alaihi wa Sallam bersabda:

"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian dari masjid-masjid, akan tetapi rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka." (HR. Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah; SHAHIH).

38. Dari 'Abdillah bin Mas'ud rodhiyallohu'anhu, dari Nabi Shollallahu'alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

"Sesungguhnya wanita adalah aurat. Sehingga ketika ia keluar rumah, ia akan disambut oleh syaithan. Dan kondisi yang akan lebih mendekatkan dirinya dengan Rabbnya adalah ketika ia berada di rumahnya." (HR. Ibnu Khuzaimah; SHAHIH)

39. Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Akan ada di akhir umatku kaum lelaki yang menunggang pelana seperti layaknya kaum lelaki, mereka turun di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian (tetapi) telanjang, di atas kepala mereka (terdapat sesuatu) seperti punuk onta yang lemah gemulai. Laknatlah mereka! sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita terlaknat." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (2/233))

40. Ahmad dari Abu Hurairoh rodhiallohu anhu dari Rosululloh shollallohu'alaihi wa sallam, beliau bersabda, yang artinya:

"Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, jika kamu meluruskannya. Maka kamu mematahkannya. Jadi, berlemah lembutlah terhadapnya, maka kamu akan dapat hidup bersamanya." (HR Hakim, shohih)

Tuesday 18 December 2012

Hanya..


“Bang, buatkan blog boleh tak? He..”

“Dah dari dulu abang suruh buat blog kan? Blog yang ada tu kan ada”

“Ala.. tu abang dah campur-campur. Puza nak yang beridentitikan puzahhh, hehe..”

Blog tu mula-mula dulu memang suami buatkan untuk saya sebab dia tengok isteri dia ni asyik bercakap je, kalau bagi mesej pun panjang-panjang. Entah apa yang diceritakan. Bila waktu terluang bersama, biasalah, kadang-kadang berborak tentang isu semasa, hal anak-anak, hasil tadabbur quran atau mana-mana dapatan, lanjutan ceramah atau movie atau katun kat tv, dan yang paling dia bosan dengar pasal hal sekolah!! Jadi, daripada manfaatnya cuma dapat dua orang, baik kongsi dengan orang lain jugak. Lagi pun, isu takkan selesai kalau cakap berdua je. Jadi, tu yang dia buatkan blog mula-mula tu. Tapi lama-lama blog tu terabai tanpa dilayan oleh saya. Hmm.. tak sempatla, sebab banyak komitmen lain. Jadi, dia la yang aktifkan blog tu dengan mengisi apa-apalah yang boleh dikongsi. Blog tu nama : mdsafkyo.blogspot.com

“Abang, puza nak yang simple-simple je. Tak nak munawwarin2 (bling2), mulawwanah2 (colourful)”

Ingat senang nak buat blog ni. On laptop,

“Ha, apa nama blognya?”

“Mm.. letak je la nama puza. Mahfuzah.blogspot.com”

“tak boleh, dah ada orang guna..”

“Alamak.. tak reti pikir la..” hmm.. tak dapat-dapat idea last-last off balik laptop

Ada la beberapa nama dicuba tapi biasala, nama-nama yang best mestilah orang dah guna. Hmm.. nak nama saya jugak! Nak tambah apa ye depan nama saya tu? Gelaran? Saya mana ada gelaran. ‘ustazah mahfuzah?’ suami pun tersedak. Macam poyo je nama tu? Nak letak nama penuh panjang sangat. Hmm.. gunalah apa-apa istilah yang bukan nama saya. “mar’ah..”, “ukhti..”, “ummu..”, tapi cantik tambah satu lagi perkataan kat depannya. Tapi.. semua cadangan tak ok. Yang best orang dah ambik, yang ada.. ada yang bunyi macam poyo, ada yang tak best. Haha.. cerewetnya aku!! Pilih je lah apa-apa!! Off balik laptop. Sayang kat suami sebab sanggup layan karenah. Haha!

Setelah direject, diambik balik, pastu reject balik, last-last saya ambik balik, maka jadilah yang jadi sekarang ini ‘fakir-ilallah.blogspot.com’. Puas. Haha.. Suka nama tu. Suka yang tawaduk-tawaduk gituw. Maksudnya fakir menuju Allah. Sesungguhnya hanya Allahlah yang Maha Agong dan kita hanyalah hambanya yang kerdil lagi fakir. Jadi, janganlah berlagak sangat hidup kat dunia ni, mendabik dada, buat muka oppa gangnam style sambil pakai cermin mata hitam, huh.. bongkak sungguh rupanya! Tolooong..! Orang yang pakai cermin mata hitam tak bersalah!!!

Ikutkan nama fakir ilallah pun dah ramai yang amik tapi ejaan lain-lain, guna huruf Q, ada yang guna underscore dan ada yang tambah ‘al’ kat depan. Jadi beza isim makrifah dengan isim nakiroh la. Mula-mula nak pilih sama ada fakir-fillah atau fakir-ilallah. Suami pilih fakir-ilallah. Selesai nama blog ingatkan dah boleh buat blog. Nak tajuk pulaaak..

Mula-mula letak ‘muhasabah’ je. Suami kata macam tak best je. Hmm.. pikir lagi.. letak yang ada uzlah-uzlahlah. Kalau tak sempat beruzlah maka takdelah entri-entri baru. Hmm.. ‘Di sini tempatku beruzlah’, ‘uzlahku di sini’. Bunyi macam motto tv al-hijrah je. Tak nak la. Tiba-tiba spontan ‘sahaja aku beruzlah’ saya ketawa. Macam kelakar je. Suami kata, “eh, ok je”. Mm.. ok la.. saya memang nak yang simple-simple, bunyi santai-santai je. Search kat google, eh, takde yang guna nama tu pun. Betul ke? Orang pertama kot. Haha, perasan..

Untuk keterangan tajuk memang tak pikir lama sebab memang minat ayat Surah An Nasr tu. Ringkas dan penuh pengertian. Yang kadang buat kita terleka bila kejayaan mengiringi kita. Juga harapan betapa indahnya melihat manusia beramai-ramai masuk ke dalam agama Allah. Hidup dalam suasana bi’ah islamiyyah yang harmoni. Keutuhan agamanya terjaga. Tak terusik secalit pun dengan hasutan dunia. Di bibir mereka hanya meniti kalimah-kalimah yang baik-baik sahaja. “sala~man, sala~ma”, salaman salama tu perbualan syurga je. Tapi apa salahnya di dunia kita berlatih jadi ahli syurga, berbual cara perbualan syurga. tak ada lafaz-lafaz dari mulut kita ucapan-ucapan yang tidak baik dan sia-sia. Subhanallah!!

Ayat Surah An Nasr tu juga menyedarkan kita bila kita terleka dengan kejayaan kita. Patutnya kita ptotect diri kita dari segala puji-pujian. Allah yang menjadikan sifat kita begitu dan begini sehingga menyebabkan kita dipuji oleh orang-orang. Jadi, segala puji-pujian tu sepatutnya bukan untuk kita, tetapi untuk Allah s.w.t. Segala Puji Bagi Allah!!

Surah itu juga menyedarkan kita supaya berisfighfar ketika beroleh kejayaan. Dah berjaya nak istighfar? Pelik tak? Ha, tu lah.. tak perasan kan? Maklumlah tengah seronok-seronok. Kadang tak ingat kita banyak dosa-dosa yang masih terhutang. Camne nak bayar hutang dosa? Kejayaan boleh bayar ke? Tu yang buatkan kita terus tunduk dan tunduk pada Allah. Tak layak rasanya meraikan secebis kejayaan itu sedangkan dibelakang kita masih bertimbun dosa kerana ikutan nafsu dan kelalaian kita. Astaghfirullah Azim..

Entri, entri, entri.. nama blog dah ada, tajuk dah ada, keterangan tajuk pun dah pilih. Dah boleh buat blog!

“nak letak entri apa mula-mula ni?”

“jap, abang bukak document, kat folder ni..”

“ha! banyaknya!”

“haha.. masukkan yang ni sampai sini.. hehe..”

Haha.. dalam satu malam 13 entri masuk. Berlagaknya!

Sunday 16 December 2012

Engko tak hafal Surah Al ‘Asr sampai habis ke?



Asyik-asyik “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”, “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian…” asyik kata manusia rugi, manusia rugi, rugi sebab masa.. dah tu, siapa manusia yang untung? Macamana manusia nak untung? Dengan panjangkan masa ke?

Bacalah ayat tu sampai habis. “kecuali..” ha, kan ada kecuali tu.. maknanya tak semua manusia rugi la.. ha, siapa dia manusia yang tak rugi tu?

“kecuali yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan pada kebenaran, juga berpesan pada kesabaran” (Surah al ‘Asr : ayat 3)

Ha, kan ada orang yang tak rugi tu.. siapa dia?

1, Orang yang beriman

Kita beriman tak? Beriman la kan? Lain la orang-orang yang buat salah (mencuri, bercakap bohong, maksiat) tapi tak rasa pun bersalah, macam tak rasa kewujudan akhirat. Boleh kategori tak beriman dengan hari akhirat tak? Dah gugur satu rukun iman..

Apa kaitannya dengan masa? Demi masa ‘aku bersumpah’ sesungguhnya rugilah orang-orang yang melewat-lewatkan imannya.

“Waktu muda inilah kesempatan kita untuk menikmati keseronokan sepuasnya! Dah tua nanti kita bertaubatlah, Kan Allah tu Maha Penerima Taubat! Rugi kalau muda-muda ni tak enjoy, dah tua nanti dah tak berpeluang dah”

Macam artis-artis la, dah puas menyeksi, buat fesyen-fesyen yang haram (warna rambut, cukur kening, etc) dan maksiat, sampai satu masa, diorang bertaubat, ubah imej. (tiba-tiba rasa macam buat fitnah pulak.. nak teruskan ke tak ye? Tak pape kot. Cuma.. astaghfirullahal azim.. andai saya salah, ampuni aku Ya Allah!)

Cuma, adakah keinsafan ini berlaku disebabkan seru? “Telah sampai seru, kerana itu mereka berubah”. Macam pelik je. Entah-entah diorang dah target waktu-waktu bila diorang nak berubah. Sebelum taubat, nikmatilah dosa sepuasnya. Kalau tak wat dosa puas-puas, nanti dah taubat mengidam buat dosa pulak. Ha.. kan dah tak boleh patah balik. (ish.. memfitnah lagi. Betul ke tak betul saya cakap ni?)

 Beruntunglah kalau Allah s.w.t beri ruang kita bertaubat. Takut-takut beriye-iye kita plan waktu taubat, tiba-tiba tengah-tengah buat maksiat tu Allah s.w.t cabut nyawa kita. Tak kan nak salahkan tuhan pulak? Sebab ambil nyawa kita waktu yang tak sepatutnya.

Kesimpulannya, amal ma’ruf nahi mungkar (buat baik, tinggalkan perbuatan buruk) tu janganlah ditangguh-tanguhkan. Bukan pasal takut tak sempat, tapi ‘demi masa’ kalaulah manusia tahu bernilainya waktu itu, pastinya dia bersegera beriman dan meninggalkan perbuatan kufur. “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali…”

2, Orang yang beramal soleh

Kita beramal soleh tak? Mm.. ye kot. Sekurang-kurangnya ibadah wajib macam solat dan puasa tu insya’ Allah lepas la. Demi masa sesungguhnya amat rugilah manusia yang menangguh-nangguhkan amalan solehnya. Orang dah sibuk2 jaga rukun islam, jaga syahadahnya, tak akan bertuhankan keduniaan, bertuhankan duit, bersaksi Muhammad s.a.w rasul-Nya, ikut sunnahnya, tapi kita segan nak ikut style Rasulullah s.a.w, berjubah, berserban-serban bagai, sedangkan orang lain seronok dan bangga dengan style k-popnya. Tu baru rukun islam yang pertama, belum masuk bab puasa, zakat dan lain-lain.

Antara soalan di padang mahsyar nanti adalah tentang ‘zaman remajamu, bagaimana digunakan?’ Mestila masa zaman remaja tu kita sedang di alam persekolahan. Belajar, belajar dan belajar, dari usia 6 tahun sehingga usia 21-22 lebih kurang. Kalau itu la amalan remaja kita, confirm cemerlang ujian padang mahsyar kita.

Tapi cuba kita kira-kira balik, dalam ‘sehari’ agak-agaknyalah, berapa peratus masa kita di isi dengan amalan soleh? Dari celik mata bangun tidur sampailah kita tidur balik. Adakah penuh dengan aktiviti lagho (aktiviti tak berfaedah) layan game, muzik, bicara-bicara kosong di internet, gelak-gelak, bersuka ria kat luar, atau adakah kita isi dengan amalan soleh? apa je amalan soleh ye? Banyak kan? Aktiviti luar pun aktiviti yang bermanfaat, bicaranya penuh berisi, layan lagu pun nasyid-nasyid je, ibadah-ibadah nafilah (tambahan) lagi, ….. dan sebagainya. Itu pun, ramai yang bertangguh-tangguh.  Betullah, “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”.

3, Orang yang berpesan pada kebenaran

Kadang kita dah betul dah (iye ke betul?), tapi orang lain pulak.. Nak tegur? Tak nak tegur? Demi masa sesungguhnya amat rugilah orang yang melewat-lewatkan menegur kesilapan saudaranya atas alasan takut nanti dia marah, terasa hati dan buatkan hubungan persaudaraan jadi putus. Maka kita pun membiarkan orang-orang kesayangan kita terus hanyut dibawa arus yang kotor, entah dihadapannya ada juram yang tinggi atau apa-apa bencana yang mendatang, biarlah.. asalkan dia bahagia dengan aktivitinya.

Lagi pun, sebenarnya orang tu dah tahu dah mana baik mana buruk, jadi, kalau kita tegur pun, dia dah tahu, memang nak tempah penyepak la kalau tegur. Macamana tu? Engkau nak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi ke atau nak kena penyepak? Sebenarnya siapa-siapa yang nak berubah, dia sangat-sangat-sangat perlukan mahukan sokongan, teguran dan sokongan dan teguran, kekuatan dan support dari orang-orang disekelilingnya. Nak tegur tu tegur la betul-betul. Bukan kritik, kutuk-kutuk, hina-hina, malukan depan orang. Tegurlah elok-elok dalam bentuk sokongan.

Kalau tak tegur sekarang, bila lagi? Lagi-lagi dalam sebuah organisasi, sampai bila kita nak biarkan organisasi itu terus pincang? Tak berani tegur takut nanti orang kata berlagak bagus? Walaubagaimanapun teguran mesti berkhemah dan berhikmah. Sekali lagi, ‘demi masa’ jangan lengah-lengahkan ye..

4, Orang yang berpesan dengan kesabaran

Sabar biasanya dengan dua sebab. Sabar dari perasaan marah dan sedih. Macam ada lagi je.. sabar ketika dalam kesusahan, kesulitan, kekurangan harta, sabar dari sifat gopoh, sabar bila ditimpa musibah, eh, jadi banyak pulak senarainya.. dan senarai-senarai yang lain tu, tak semestinya sebab sedih dan marah je kan? Kadang cuma wat kita rasa lemah je. Lemah semangat, geram, kecewa, kecik hati, putus asa, …..

Dan semua senarai-senarai tu cuma satu je ubatnya. Iaitu ‘redha’. Jadi, “demi masa” sesungguhnya rugilah orang-orang yang membiarkan saudaranya yang tak reti menyabar, potong barisan masa beratur, siap bagi ruang untuk dia masuk lagi. “demi masa” rugi orang yang membiarkan saudaranya melayan sifat-sifat mazmumah, bukan tahu nak halang, siap bagi support adalah! Makin sokong sifat-sifat hasad dengkinya, takabbur, cintakan dunia dan sebagainya, ada 10 sifat mazmumah semuanya.

Kesimpulannya, memang “Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian”. Jadi, jangan buang masa, tiap saat isilah dengan perkara bermanfaat, tidur pun pahala asal bukan tidur yang berlebihan, berjalan dengan tujuan kebaikan pun pahala, contohnya pergi menuntut ilmu atau ke masjid, malah setiap langkah menggugurkan 1 dosa dan menambahkan 1 pahala. Jadi, jangan mengeluhlah kalau asrama tu jauh, berbukit-bukit dan banyak tangga. Banyak dosa gugur tu.. Dan berpesan, berpesan dan berpesanlah kepada semua orang dengan kebenaran dan kesabaran. Jangan bertangguh!

Thursday 13 December 2012

Reaksi bila result exam keluar..



1, straight A! ini dia bukti hasil usaha kerja keras dan penat lelah aku selama ini!

“Maka sebenarnya bukan engkau yang membunuh mereka, tetapi Allah yang membunuh mereka, juga bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar tetapi Allah yang melempar, untuk menguji orang-orang yang beriman dengan UJIAN YANG BAIK (kemenangan Perang Badar) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Surah al Anfal : ayat 17)

Kesimpulannya : Ingat, bukan engkau yang gagah, tapi Allah yang menggagahkan engkau untuk study, bukan engkau yang beri jawapan exam dengan tepat tapi Allah yang menerangkan hati kamu semasa jawab exam dan straight A tu adalah ujian, untuk menguji sama ada hambanya bersyukur dan merendah diri atau bongkak bangga diri.

2, Menjerit!!!!!!!

“ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (Fathul Makkah), Dan engkau melihat manusia masuk ke dalam agama Allah berduyun-duyun, Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mintalah keampunan, sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat” (surah an Nasr : ayat 1-3)

Kesimpulan 1 : Sepatutnya, bila kita peroleh kejayaan, kemenangan atau pertolongan, kita kena memuji Allah, Alhamdulilah (segala puji bagi Allah) malah segala puji-pujian yang kita peroleh selayakkan untuk Allah. Kalau kita dipuji kerana kepandaian kita, siapa yang jadikan kita pandai dan orang lain tak pandai? Kalau kita dipuji kerana kita cantik, hensem, siapa yang jadikan? Kalau kita dipuji kerana kita gagah perkasa, kaya, berpangkat, siapa yang kurnia? Jadi, segala puji-pujian itu memang selayaknya hanya untuk Allah s.w.t. so, jangan perasanla ko hebat..

Kesimpulan 2 : Bila datang kejayaan, mintalah keampunan dengan beristighfar.
“astaghfirullahal Azim! Aku dapat straight A!” tu menyindir ayat Allah namanya..
Rendahkan diri, mungkin kejayaan ini belum cukup memberatkan timbangan neraca mizanku dipadang mahsyar nanti sedangkan hidupku selama ini penuh dengan kelalaian dan selalu melupakanMu Ya Allah.. Ampunilah dosaku selama ini Ya Allah!

# mood : sedang menghitung hari menanti keputusan exam.. moga kejayaan mengiringi anak2 muridku dunia dan akhirat..

PERSONALITI FACEBOOKER.. tak semestinya betul tau, percaya sangat nanti jadi fitnah pulak..


1. Fb penuh game! Statusnya tentang bola, kena2kan member, Nampak macam lagho, ni mesti budak nakal…

rupanya.. masya Allah! Bila bercakap hebatnya! Sangat2 bernas! Kalah ustaz2! Keluar semua dalil2, nas2, quran, hadith, nahu, sorof semua!

Tu namanya budak sekolah agama yang tak nak tunjuk alim..

2. Fb sentiasa tentang ketuhanan, taubah, teguran maksiat, kata2 nasihat, petikan2 al Quran dan hadith, ucapan2 penceramah tersohor

Tiba2.. nampak kat tempat lain.. ko dah takde kawan sama spesis ke? Contact2nya pun, mesej, calling2, chatting2 dengan spesis lain.

Walau cuma kawan je pun, tak main cinta2, kalau dah saling tanya kabar, amik berat, ikhtilat la tu namanya..

Sebenarnya mereka berusaha jadi yang terbaik tapi maklumla masih remaja, iman tak kuat, susah nak lawan godaan.

Dengan kata lain, dia post je untuk tegur orang tapi diri sendiri tak buat. Ish! Terasa pulak orang yang menaip nih!!

3. Fb suka tayang gambar sendiri yang comel2. Muka dah la memang comel, buat muka comel pulak tu, bertambah2la comel! Yang like ada la sikit spesis sendiri tapi yang ramai likenya dari spesis yang berbeza. Komen2nya “comelnya” “cute la”

Saja nak promote diri la tu.. ngurat la aku.. Dosa je sapa yang support gambar dia tu.

4. (belum pikir lagi..)

Sunday 9 December 2012

‎11 kesalahan favourite budak asrama yang perlu dielakkan.


1. Hisap rokok.

tak sah kalau satu asrama tu takda kes rokok. paling kurang mesti ada satu dua kepala yang buat kepala untuk hisap rokok dekat asrama. cikgu dah naik bosan untuk menangani masalah sebeginian rupa. port utama merokok ialah tandas, belakang dorm, atas bumbung, stor kosong, atas tangga kurang lalu, takpun masa luar sekolah iaitu masa outing. memang susah nak buang tabiat rokok ni. tapi tu la. kalau dah tak tahan pun, hisap sahaja dekat rumah. bila sampai sekolah, cuba cubakan 'puasa' sebentar. kasihani guru guru dan para pengawas untuk buat spotcheck. lagipun, tak elok adik adik junior tengok abang abang senior hisap rokok. okay?

2. bawak handphone.

bawak handphone ni kena bersyarat. kalau macam dulu dekat sekolah aku, publik fon susah nak dapat. ha, orang kata, harus la bawak. tapi senyap senyap. tapi bila kalau publik fon dah bertimbun dekat setiap sudut. masih lagi berdegil nak bawak handphone. tak tahu la nak cakap. orang yang bawak handphone ni ada dua golongan. sama ada nak contact mak bapak. takpun nak contact kekasih. nak contact mak bapak ni selalu nya budak budak form 1 yang baru masuk. yang nak contact kekasih ni selalunya form 3 ke atas. yang tak menahan nya. kekasih dekat asrama puteri je pun. sikit bukan main bersungguh lagi nak message/bergayut sepanjang malam. cuba elakkan bawa henfon. selain takut dirampas oleh guru disiplin. takut juga akan dicuri oleh makhluk yang tak takut dosa.

3. Curi kasut/ baju sekolah/ baju PJ/ segala jenis pakaian.

kadang kadang, bukan nak curi sangat pun. tapi bila dah takda benda nak pakai untuk bersukan. sesetengah tu main sauk je pakaian apa yang ada dekat ampaian. Lepas dah habis guna. main campak je dekat bakul dobi. so, kalau baju hilang ke apa. cuba tengok dekat ampaian dobi. insyaAllah ada. tapi kalau baju terlalu branded tu agak macam sukar la nak jumpa. ada yang main angkut je bawak balik kampung terus. benda jahat macam ni tak baik buat. bukan saja tak ikut peraturan sekolah. malah, berdosa lagi tu. nak guna serbuk basuh baju dekat bilih basuhan pun kena minta izin dahulu. jangan main sauk je.

4. Ponteng prep.

orang yang ponteng prep ni dia tak pergi jauh mana pun masa dia ponteng tu. boleh check dekat dorm ja. selalunya orang yang tak pergi prep ni dia tidur dekat dorm. katanya penat. kalau takda atas katil. cuba check bawah katil. berhati hati dengan katil yang ada macam langsir tu. takpun duduk dalam tandas lama lama. takpun merayap pergi kelas lain usha junior or watsoevar. budaya kuning ni tak patut dicontohi. masa prep ialah masa untuk study. bukan untuk berfoya foya. siapkan homework anda. jangan bagi alasan bukan bukan bila cikgu dah mintak nanti.

5. tak siap homework.

nak kata sibuk, tak. tapi homework masih susah nak disiapkan. dah lah tak siap. bila cikgu tanya, buat buat pergi belakang kelas untuk cari buku yang cikgu minta. bila tak jumpa, kata tertinggal dekat dorm. lepas tu cikgu pun macam kesian. cikgu lepaskan. kalau cikgu tak kesian, cikgu suruh juga amik dekat dorm. ni nahas kalau siapa yang menipu. buat buat tak jumpa lagi. adohay. lemah betul orang macam ni. sekali dua takpa. tapi semua subjek alasan yang sama. macam mana nak siap homework kalau masa prep merayap pergi kelas lain? waduh waduh waduh.

6. tak tuck in + pakai selipar tandas pergi prep.

padahal boleh je tuck in n pakai sandal. tapi nak tunjuk otai punya pasal. saja ja tak nak ikut kedua dua peraturan ni. kalau senior tu lain cerita la sikit. yang junior tu. form 1 form 2. poyo la pulak tak nak ikut semua ni. tahu takut kalau kantoi dengan senior. yang pakai selipar ni, kalau kantoi dengan warden memang sedih la. kena baling selipar dekat dataran. tinggal satu pasang je. nak ambil balik selipar tu. kena tunggu habis prep. lepas tu memang dapat detect la siapa yang pakai selipar prep masa sesi nak kutip selipar masing masing balik. lawak betul.

7. balik cuti lambat.

kes ni aku tak tahu nak cakap apa. sebab ni antara favourite kesalahan aku. asal balik lambat aja. mesti muka aku. pakcik jaga dah naik kenal muka aku. memang femes la juga dalam kalangan makcik dan pakcik jaga. kad outing dah banyak kali kena tahan. walaubagaimanapun, segalanya baik belaka. balik lambat ni takpa kalau kelas tak ponteng (pada pendapat aku la.lol) kalau ponteng tu yang masalah tu. macam alasan yang diberi. demam lah. adik tak sihat lah. kakak pergi oversea. macam macam lagi. kalau nak bagi alasan pun. kena kreatif. tapi jangan amalkan. tak elok. datang awal. tak salah pun kan?

8. sidai baju dekat kipas.

kes macam ni pula bagi sesiapa yang selalu last minute basuh baju sekolah. sangat menyusah ahli dorm yang lain. khususnya bagi siapa yang kipasnya menjadi mangsa. kalau baju tu boleh tahan lagi. ni benda benda dalaman pun kalau nak gantung. macam takda sivik la juga. salah satu sebab yang benda ni menjadi kesalah ialah. bila gantung baju basah dekat kipas. secara tak lanngsung. air akan menitik. so lantai akan basah. jadi membahayakan bagi orang yang berdekatan dengan kipas tersebut. lagi satu, ia akan merosakkan kipas. aku cukup geram dengan orang yang jahanamkan kipas asrama. oscillate je memanjang. nak sidai pun, pandai pandailah sidai. jangan sampai menyusahkan orang lain. bagi sesiapa yang malang, keesokan paginya, dia akan jumpa bajunya terdampar di halaman asrama hasil usaha warden yang berwaspada. tahniah aku ucapkan.

9. Masuk Dewan makan pakai kain pelikat.

sesetengah sekolah boleh. tapi sekolah aku tak boleh. aku tak pasti alasan yang tepat kenapa. tapi bagi aku, rasionalnya. bila hadapan perempuan. kita kena lah kenakan pakaian yang sopan sedikit. kain pelikat bukan tak sopan. tapi macam tak manis pulak kalau berkain pelikat beratur untuk ambil makanan. jangan cuba lawan kata warden. pakai seluar. jangan pakai kain pelikat dekat dewan makan. ke masih tak nampak rasionalnya apa?

10. Solat dalam Dorm.

kes ni parah. orang panggil 'SoDorm'. bukan sodom. itu isu lain. kalau dah terlambat macam subuh tu nak sodorm, takpe la lagi. tapi hampir kesemua solat fardhu nak sodorm payah la juga. surau takda la jauh ke mana. lagi satu, kalau dorm bersih sangat. tak mengapa. ni dorm pun macam tong sampah. ada hati nak buat tempat beribadat. adohay. apa la salahnya berkorban sedikit berjalan untuk sertai solat jemaah dekat surau tu. kalau nak sodorm pun, sodorm la cara berjemaah. bnyak sikit pahala. tapi kalau boleh cuba elakkan. apa fungsi surau kalau tiada orang ingin solat di dalamnya?

11. tidur dalam kelas.

tipu lah kalau tak pernah tidur dalam kelas selagi bergelar budak asrama. budak asrama memang dikenali sebagai pelajar yang suka tidur dalam kelas. barangkali penat. kadang kadang, orang yang tak bersukan pun rajin juga tidur dalam kelas. yang kes ni, memang orang lain memang sumpah tak faham. apa yang dipenatkannya pun tak tahu la. ada sestengah orang tu dia tidur dalam kelas. habis kelas dia study. lepas tu bila exam. dia skor. cikgu memang tak kisah dia tidur dalam kelas. ada juga. yang dalam kelas tidur. habis kelas pun tidur. lepas tu bila exam. dia tak skor. cikgu memang amik kisah kalau dia tidur dalam kelas. kalau rasa tak boleh belajar bila cikgu takda, baik jangan tidur dalam kelas. lagipun, cuba cuba lah berusaha untuk dapat restu cikgu dalam kelas dengan bagi tumpuan sepenuhnya. ni kalau semua kelas nak tidur. sia sia ja mak bapak hantar gi asrama.

sekian sahaja. harap tiada yang tersinggung.
selamat selamat!

*mood: rindu zaman persekolahan!*

-copy n paste-

Total Pageviews