Celaka! Untuk semua pengumpat dan pencela!
Yang mengumpulkan harta dan menghitungnya!
Dia kira hartanya akan mengekalkannya?!
Sekali-kali tidak! Pasti, dia akan dilemparkan ke dalam Hutomah!
Tahu apa itu hutomah??!!
Api yang dinyalakan!
Yang sampai ke hati!
Atas mereka ditutup rapat!
Diikat mereka pada tiang-tiang panjang!
(surah al-Humazah : ayat 1-9)
Astaghfirullahal Azim.. Astaghfirullahal Azim.. Astaghfirullahal Azim..
Surah yang mudah, sejak kecil kita sudah dibiasakan dengan ayat ini. Pengertian
yang mendalam. Namun..
Setiap hari kita mengira-ngira kesalahan orang. Itu tak kena, ini tak
betul, itu salah, kenapa dia tak buat begini, kan sepatutnya begini, ha..
itulah, sapa suruh tak nak ikut kata aku! Eee.. teruknya!
NEGATIF!
negatif!! negatif!
Negatif!!!!!!! NEGATIF!! Negatif!
Negatif!!
Tak kiralah pada siapa pun. Pada anak murid, orang di sekeliling
kita, atau siapa-siapa entah yang kita tak kenali.
Umpat hina
Lekeh kritik
KUTUK krikik kik kik
Jaga-jaga dengan ucapan. Dari surah Qaf ayat 18 : tidak ada satu
lafaz yang diucap melainkan ada di sisinya malaikat yang mengawas dan mencatat.
Hmm.. tiba-tiba teringat anak-anak murid di sekolah. Ringan sungguh
mulutnya menyebut bahasa-bahasa kotor.
Ngata sikit-sikit boleh tak? Ikutkan ayat (لكل همزة!) maksudnya
: semua, setiap orang, takde kecuali-kecuali!
Tapi itulah, ikutkan hati, hawa nafsu, kehendak dan kepuasan diri, memanglah..
tak berani nak tegur depan, kat belakang kita buruk-burukkan, maki-hamun, apa-apa
sahajalah yang mampu buat kita pengaruh orang untuk pandang negatif pada orang
yang kita tak bekenan tu. Patutlah ayat ketujuh surah itu kata “membakar sampai
naik ke HATI” kerana hati itu yang durjana.
Nikmat kot mengumpat dan mencela orang ni. Ayat kedua surah
al-Humazah juga berkaitan hati. Juga membuatkan ‘hutomah’ itu membuak-buak
menghukum. Orang yang mengumpulkan harta dan menghitungnya. Of course lah saya,
kita, kamu kamu, saya balik, ada plan nak kumpul harta, sebagai target
kehidupan kita.. di dunia. And of course la kita calculate, kita hitung, kita
banding dengan orang lain, demi target kita. Itukah matlamat kita hidup? Dah mati
nanti? Takde apa yang nak dibanggakan kat ‘sana’. Tak kaya pun kat dunia. Sedang
semua rezeki kan Allah yang aturkan. Dia kejar harta, aku tak kejar harta, sama
je hidupnya. Wallahu A’lam..
No comments:
Post a Comment