Saturday 27 April 2013

pilihanraya : jom mengundi


Minggu depan pilihanraya. Saya tak pandai cerita pasal pilihanraya. Yang pasti, saya undi parti islam. Bukan kerana metarial yang ditabur. Ptptn, tol, kereta, minyak, rumah dan sebagainya, tapi kerana islam. Mahu melihat islam diaplikasikan oleh masyarakat.

Hari ini saya melihat masyarakat sekeliling sedang jahil. Kalau kita pergi mana-mana pun, tengoklah, alahai anak-anak kita, makcik-makcik pun.. kesian kita tengok. Kenapa tak pakai tudung cik? Dalam hatila boleh tanya. Nak tanya depan-depan confirm kecik ati.

Tapi.. sungguh ke? Bila parti islam yang menang, semua itu akan terrrealisasi? Yang pasti, walau apapun keputusan pilihanraya nanti, saya tetap akan meneruskan minat baru saya ni, menulis blog demi amal maaruf nahi mungkar. Walaupun untuk diri saya sorang.

Ikutkan, saya takdela banyak ilmu. Tapi, bila menulis blog, secara tak langsung, saya cuba mencari ilmu. Pastu suruh abang baca, nak tau pandangan dia, ok tak? Hehe.. biasanya dia ok je  ;P

Pilihanraya kali ini memang nampak cabarannya. Paling ketara sebab berlakunya perkembangan teknologi yang mana masa pilihanraya ke12 dulu, teknologi-teknologi ini belum pun wujud lagi, walau sebahagiannya sudah wujud tapi belum rancak. Antaranya, facebook dan blog. Handphone zaman sekarang pun makin banyak aplikasinya, makin mudah dan canggih. Jadi, memang begitu bebas dan kreatiflah rakyat berkempen.

Orang BN kata, BN pun islamic jugak ape. Hmm.. kesian sebenarnya.. yang bercakap tu jahil. Kita tengok benda-benda yang dibuat pun benda-benda jahil, sedih.. Yakin betul bercakap tentang islam. Ai.. bertambah sedih.. tapi alhamdulillahla, bila bertembung agama dalam politik, dalam BN pun dah timbul orang-orang yang ahli dalam agama. Walau nampaknya masih berdiam diri dengan perkara-perkara fasik, tapi kira perkembangan yang baik bagi negara kita lahh.

Pakatan rakyat, memanglah kalau di calculate, dicampur dan dibahagi, perbendaharaan negara yang katanya dipegang individu-individu tertentu mampu nak tampung ptptn, minyak, tol dan sebagainya. Tapi ingat balik la kisah Nabi Sulaiman ketika dia melihat Allah s.w.t memberikan rezeki kepada semua makhluk di muka bumi ini. Lalu dia teringin mengambil alih tugas tuhannya untuk satu hari sahaja! Dan hanya untuk haiwan-haiwan di laut sahaja! Satu hari je pun. Lalu Nabi Sulaiman yang terkenal dengan pentadbirannya yang luar biasa sehingga semua binatang-binatang, jin-jin dan angin patuh perintahnya, maka diperintahkan semua mereka mengumpulkan makanan di tepi pantai sehinggalah tinggi setinggi gunung untuk makanan penduduk laut nanti. Tiba harinya, naik seekor hidupan laut yang paling besar, hanya dengan sekali ngap, habis semua makanan-makanan itu dimakannya. Maka.. kelaparanlah seluruh penghuni laut dalam satu hari tu..

Nampak tak. Jangan bertuhankan matematik sangat. Dan alhamdulillahlah saya belajar tanpa ptptn, bantuan sepenuhnya daripada zakat selangor. Mewah nilainya. Bukan sahaja mampu menampung kehidupan saya di negara orang, malah dapat jalan-jalan lagi seluruh negara Mesir. Dan kedua-dua tambang tiket kapal terbang pergi dan pulang ke Malaysia dengan duit zakat ini semata-mata. Jadi alangkah.. alangkah nikmatnya takde hutang! Dan alangkah bagusnya kalau manfaat kewangan ini dapat dinikmati juga semua penuntut-penuntut yang lain tak kira di mana mereka belajar. Ilmu pelajar tu jugak yang akan membangunkan negara kita jugak nanti. Ha, pastu bagi gaji best2 kat diorang, bonus etc, barulah produktiviti negara meningkat!! Pandai je aku cakap.

Dasar penswastaan. Dulu, air, elektrik, hospital, universiti, petroleum, beras, proton, telekom, lapangan terbang, PLUS, JKR, KTM, perlabuhan, pembalakan dan lain-lain ditadbir oleh kerajaan. Dikatakan akibat saiz sektor awam yang makin membesar menyebabkan perbelanjaannya meningkat dan pulangan balik kepada kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. Memang ribuan bilion ringgit yang terpaksa kerajaan tanggung. Melihat negara lain, sudah banyak negara-negara yang menyerahkan harta milik negara ini kepada syarikat swasta. Sayangnya ia dibeli oleh kroni-kroni dengan harga yang rendah (kat negara luar ni tau!) dan keuntungan yang sebelum ini dikongsi oleh semua rakyat kini sudah menjadi milik individu 100%. Kerajaan nak ambik pun melalui cukai sahaja.

Diwar-warkan sekarang PR berusaha mengembalikan hak rakyat terutamanya petrol, air, tol dan pendidikan kalau PR menang nanti. Tapi dah jual kat orang, senang ke orang tu nak serah balik? Sebab pelaburan bahan keperluan asasi ni memang confirm untung. Sebab permintaan memang pasti ada. Susahlah rakyat nak hidup tanpa kemudahan macam air, elektrik, jalanraya, petrol dan sebagainya. Dah biasa untung bilion-bilion tiba-tiba pasal pilihanraya nak serah balik? Sangat-sangat tak berbaloi.

Apa kesan penswastaan ini? Pentadbir negara makin tak banyak sakit kepala la nak pikir semua sektor ini. Kat siapa dia serah pemilikan harta-harta negara ni? Cuba tengok salasilah tauke-taukenya. kalau ahli keluarga dia jugak.. hmm.. serupa tak payah swastakanlah. Kenapa? Kalau kerajaan yang tadbir, penjawat-penjawat kita takde yang profesional nak tadbir bidang-bidang mereka ke? gaji tak banyak macam sektor swasta kot. Pasal tu produktiviti kurang. Ye ke? betullah, bila wujud persaingan wujudlah semangat kan? Sebab tu penswastaan lebih baik. Tapi.. tapi.. rakyat kena bayar perkhidmatan mereka. Bayar macamana? Bayar dengan harga barang yang tinggi, harga kereta, harga rumah yang tinggi, harga petrol, ptptn, muda-muda lagi dah tanggung hutang yang tinggi. Dibantulah dengan bantuan-bantuan kerajaan RM500, RM250, RM100 bla bla bla..

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews