Cerita ni mesti ramai tak suka ambik tahu.
Kalau boleh biarlah ia jangan pernah berlaku, itu kata nafsu.
Hmm.. mana boleh.. sebab ia pasti datang.. itu kata iman.
Andai suatu hari, datang satu makhluk kepada kita.. katanya..
“(nama kita).., dah sampai masanya.. jom..”
Huh, takut saya membayangkan saat itu! Aku tak nak mati lagi, dan aku
tak nak orang-orang yang aku sayang mati. Orang tua-tua dulu sangat pantang
menyebut cerita-cerita begitu. Hampir-hampir saya tekan butang Ctrl A dan
delete. Macam tak nak sambung cerita pasal ni lagi. Kenapa? Tak sedia? Tak berani
sahut cabaran? Yela, dah yakin selamat ke kita kat sana?
حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُون
“Sehingga apabila datang kematian kepada
salah seorang dari mereka. Dia berkata, wahai tuhanku! Kembalikanlah aku!” (Surah Al-Mu’minun : 99)
Maklumlah, banyak lagi perkara kita nak perbetulkan. Ibadah kita bukan
betul sangat pun. Contohnya solat, kadang nak tak nak je buat, sampai terlajak masa
pun ada sebab terlalu sibuk dengan duniawi. Aktiviti-aktiviti seperti
mengumpat, tak jaga aurat, ambil remeh tanggungjawab dan sebagainya masih
sebati malah masih istiqomah dalam amalan harian kita. Hmm.. astaghfirullah!
Pernah tak, bila kita dengar ada
kematian kita kata,
“eh, tak sangkalah.. baru pagi tadi saya jumpa arwah..”
Berita itu memang sangat mengejutkan kita. Tapi kata si mati “aku lagi
terkejut! Aku lagi tak sangka! “
Yelah, contohnya tiba2 musibah datang tak disangka dan.. rupanya itu
saat terakhir kita. Harap-harap orang yang menghadapi saat kematian itu janganlah
dalam keadaan lagho jauh tenggelam dalam keduniaan.
Kawan-kawanku sayang.. Bagus sebenarnya selalu-selalu ingat mati ni.
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya
untuk persiapan selepas mati, mereka itulah orang yang paling sempurna
akalnya. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sempurna akal! Nampak tak? Betul jugak.. orang yang tak ingat mati
selalu buat tindakan ikut nafsu. Bila dah ikut nafsu mestilah lari dari
pemikiran yang waras. Bila tak ingat mati, matlamat hidupnya bukan-bukan, tak
fikir orang lain, dari situlah berlakunya penindasan. Dan secara tiba-tiba
Allah s.w.t menunaikan perjanjiannya. Perjanjian apa? Janji Allah s.w.t tentang
pembalasan, tentang syurga dan neraka, tentang mati.
Telah banyak dicontohkan dalam al-Quran perihal kaum-kaum yang
melupakan Allah s.w.t sehingga akhirnya mereka dibinasakan bersama kehebatan
yang mereka banggakan. Untuk apa ia dikisahkan? Hari-hari kita baca al-Quran
tak kan tak ambil iktibar? Hari ini pun banyak kita saksikan manusia-manusia berkuasa
akhirnya jatuh tersungkur. Nampak tak betapa kekuatan, kuasa, harta dan semua
pembantu-pembantu mereka tak membantu. Tak membantu mereka saat-saat terakhir
di dunia malah tak membantu pun saat di akhirat nanti.
Sebenarnya nak simpulkan, siapapun kita, selalu-selalulah ingat mati. Wallahu
A’lam.. J
No comments:
Post a Comment