Saturday 20 April 2013

macam-macam cerita pasal solat


Waktu hari bekerja biasanya pagi-pagi adalah waktu yang selalu kelam kabut. Sayalah tu, orang lain ada yang tak kot. Kelam kalut menyiapkan keluarga. Dah tau kelam kabut kenapa tak siapkan awal-awal? Soalan tu kalau dijawab pun.. hmm.. Tu belum kira kalau bangun lewat atau anak meragam.

Suatu hari, sedang saya mengejar masa, walau dalam tenang, sebaik sahaja masjid selesai azan subuh, saya terus solat subuh.

Sedang solat tu, masjid sedang sedia untuk start solat. Apa yang menjadikan hati ini rasa bersalah ialah.. aku solat mendahului imam!!

Aduh.. ni pasal terbawak-bawak tengok gambar ni kat facebook la ni!!



Oklah tu, daripada terbawa-bawa tengok cerita hantu atau drama-drama.

Salah ke saya solat dahulu sebelum orang lain start solat? Hadis tu kan untuk orang yang solat jamaah. Nak kata kenapa saya tak solat jamaah? Aku tanya, aku jawab. Aku tanya, aku jawab. Lagipun orang perempuan lagi baik solat kat rumah je. Ada ustaz kata, suami solat kat masjid, isteri pun dapat pahala sama banyak dengan pahala solat suami.

Masa anak kecik-kecik dulu memang masam muka la kalau suami solat masjid waktu kita tengah kelam kabut kat rumah dengan anak menangis lagi. Sekarang anak dah besar sikit, dengar ada ustaz kata macam tu, dah bolehla nak kejut suami subuh untuk solat masjid.

Tapi kalau kita memang sudah berada dalam jamaah tapi berniat solat sebelum imam solat atas alasan masa itu ibarat pedang bak kata pepatah arab, al-waktu kas saifi. Al-waktu kas sayap, in lam tak tangkap fa tatatarbanga. Bagaimana nak dihukumkan ye? Haram? Makruh? Harus?

Sah je solatnya kan? Dan mungkin takde kaitan pun dengan hadis kat atas tu. Tak taula. Kena tanya pada yang lebih arif. Hamba ini memang tak berapa tau sangat kupasan, sebab dan hikmahnya. Cuma kat sini rasa.. eh, betul ke? Salah ke? Apa yang saya buat selama ini. Sebab tu terpikir.

Pasal solat kat masjid memanglah ada hadisnya,

1.         Daripada Ibnu ‘Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Siapa yang mendengar azan lalu dia tidak datang (ke masjid) maka tidak (sempurna) solat baginya kecuali orang yang uzur.
(Riwayat Ibnu Majah)

2.         Siapa yang berwudhu’ dengan sebaik-baiknya kemudian pergi (ke masjid) lalu dia dapati manusia telah selesai solat, Allah ‘Azzal wa Jalla memberikan kepadanya pahala seperti pahala orang yang hadir solat (berjamaah) tanpa mengurangkan pahala mereka sedikitpun.
(Hadis riwayat Abu Daud)

3.         Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Aku berniat memerintahkan orang-orang islam bersolat. Kemudian aku perintahkan seseorang sebagai imam dan solat bersama. Kemudian aku bersama beberapa orang pergi membawa seikat kayu bakar ke rumah orang yang tidak hadir solat berjamaah untuk aku bakar rumah-rumah mereka.
(Muttafaqun ‘alaih)

4.         Daripada Abu Hurairah r.a : Seorang lelaki buta datang kepada Rasulillah s.a.w lalu berkata, “Aku tidak ada orang yang memimpin aku ke masjid.” Lalu dia mohon Rasulallah s.a.w meringankannya bersolat di rumah. Maka Rasulullah s.a.w meringankannya. Ketika dia berpaling mahu pulang, Baginda memanggilnya dan berkata, “Apakah kamu mendengar azan?” Dia menjawab, “Ya” Baginda bersabda, “Maka hendaklah engkau penuhinya.”
(Hadis riwayat Muslim)

***maksudnya, dah alang-alang berada kat masjid, kenapa balik pulak? Dah azan teruslah solat sekali.

Semua tu untuk orang lelaki la. Yang perempuan takde la kena tunggu solat masjid habis baru boleh solat kan? Aduh, ilmuku semakin cetek di sini. Sapa-sapa boleh bagi penerangan? Takut salah je ni!

Tadi kan cerita asalnya pasal ragam solat orang yang kejar masa. Saya jumpa satu hadis, katanya :

Janganlah kamu meninggalkan dua rakaat solat sunat subuh sekalipun kamu sedang dikejar oleh tentera berkuda   (Hadis riwayat Abu Daud, Baihaqi dan Thahawi)

Solat fardhu dah tentulah tak boleh tinggal walau uzur macamanapun. Tak mampu duduk, baring. Tak mampu angkat tangan sebab sakit dah terlalu tenat, gunalah isyarat mata malah hati kalau mata tu pun dah tertutup koma. Warislah kena pimpin bacakan solat. Tak kan nak biar orang yang kita sayang, mak ayah contohnya tinggalkan solat saat-saat, hari-hari terakhir hidupnya. Itulah kesiannya orang yang tak dapat tinggalkan anak-anak yang soleh. Nak mati pun dibiarkan tak solat. Padahal tu bukan soal hidup dan mati lagi tuh. malah lebih dari itu! Ni dah masuk soal dunia akhirat, syurga neraka! Tak kan nak biarkan orang-orang yang kita sayang gagal ujian barzah?

Bukan soal solat fardhu yang saya nak bincangkan di sini. Tapi pasal hadis solat sunat subuh tu. Nak cerita, solat fardhu pun tak boleh tinggal, ni kan pulak ada hadis kata  solat sunat subuh pun janganlah tinggal walau masa tak sempat! Walau dikejar kuda! Kuda lagi laju nak lari, ni kan pula kita dikejar entah mengejar masa!

Ada hadis lagi,

Daripada Aisyah r.a katanya : Bahawa Rasulullah s.a.w solat dua rakaat sebelum subuh. Baginda mengerjakannya secara cepat sehingga meragukan aku adakah baginda membaca surah fatihah atau tidak.   (Hadis riwayat Ahmad)

Hadis lain,

Daripada Aisyah r.a katanya : Aku belum pernah melihat Rasulallah s.a.w sungguh aktif dan segeranya mengerjakan kebajikan sebagaimana rajin, aktif dan bersemangatnya baginda mengerjakan solat sunat fajar dua rakaat.   (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim)

Yelah, dah kata kejar masa, kejar kuda dan sebagainya. Mestilah solat itu dilaksanakan dengan tergesa-gesa. Sehingga baca al-Fatihah pun selaju mungkin sehingga orang yang melihatnya rasa macam tak baca fatihah. Try baca fatihah laju-laju.

Kenapa subuh? Kenapa Rasulullah sampai begitu? Subuh itu.. banyak kesannya. Permulaan hari kenalah semangat. Dan jangan lupa pergantungan kita pada Allah s.w.t walau apapun tanggungjawab kita.

Sambung lain kali.. J

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews