Monday 28 April 2014

ukhuwah sungguh indah bila dibasahi iman dan takwa

"Dia ni macam perasan bagus je"

"Dia ni nampak macam gedik je, mengada-ngada sangat"

"Dia ni banyak kes"

"Dia  ni budak bermasalah la, macam-macam hal dibuatnya!"

"Dia ni tak siqah. tak jaga ibadah, tak jaga akhlak, kat luar tak jaga aurat"
Nyatalah. Tanggapan-tanggapan itulah yang membuatkan ukhuwah kita jauh. Malah tanggapan-tanggapan itulah yang menghalang roh takwa dari menyapa hati mereka.

Benar. Siapa pun mereka. Bagaimana latar belakang dan cara mereka. Jangan pernah kita rasa jiwa kita dan jiwa mereka itu jauh.

Ada beberapa kisah kenalan, cerita daripada cerita orang lain, yang mana, selama mereka berkenalan, tak pernah sekali pun mereka menegur tabiat negatif kenalannya. Negatif yang dimaksudkan di sini adalah negatif yang bertentangan dengan syariat islam. Tak jaga perkara wajib, tak jaga perkara haram. Saya namakan watak ini si soleh dan si jahil la. Bukan jahil sebenarnya, cuma tak mahu jadi soleh dan masih sayangkan tabiat jahilnya. Jadi, bila waktu mereka bersama, si soleh ni hanya berborak bercerita berkisar hal-hal yang tiada kaitan dengan perihal iman si jahil sebab dah tau, pastinya di jahil akan berkecil hati sebab si jahil ni dah memang sedar kejahilannya. Tak payah bagitau pun dia dah tau. Dan si jahil ni pun ada rasa jugak nak berubah tapi biar atas dasar ikhlas diri sendiri, bukan teguran orang lain. Kalau ada yang tegur, mesti dia ego malah makin membatalkan niatnya untuk  berubah. Jadi, dek kerana kemanisan takwa yang dipamerkan oleh si soleh, yang memang dapat dilihat dalam diri si soleh ni, menjadikan proses dan kemahuan si jahil untuk berubah berlaku lebih awal. Sedikit demi sedikit berlaku perubahan pada penampilan si jahil ni. Sekian..

Nampak tak? Tak pernah tegur pun. Tapi dia boleh berubah.

Ukhuwah bukan terjalin dengan gurau senda semata, saling ketawa lagha, dan membuat perkara yang happening. Kalau itulah dasarnya, sangat rugi la ukhuwah itu. Iman dan taqwa pula bukan diterap hanya dalam kuliah-kuliah agama sahaja. Alangkah bagusnya kalau gurauan lagha itu diganti dengan taujihat-taujihat, kata-kata penguat semangat, dan peringatan-peringatan membina. Bosan ke? Tak la. Malah kau akan rindu rakan-rakan yang selama ini memberi sokongan dan dorongan berbanding rakan-rakan yang hanya ketawa bersama tanpa kira dan peduli apa.

Apa salahnya, jika setiap lafaz kalimah yang keluar dari lidah kita segalanya berunsur sokongan. Tak kiralah di restoran ke, di shoping kompleks ke, di padang ke, dalam rumah ke. Lepas main bola, kumpul kejap sambil rehat-rehat, dapat tazkirah menarik dari rakan. Sambil makan-makan, dapat nasihat dari rakan. Tengah lepak-lepak pun dapat penghargaan dari rakan. Sekurang-kurangnya ayat "Wah, hebatla kau" sebagai pengiktirafan dan penghargaan bahawa dia adalah rakan kita. Tak yahla gelak-gelak gurau-gurau kosong yang tiada faedah malah silap-silap jadi dosa dan sakit hati sebab ketawa itu adalah ketawa sindiran dan kata-kata kotor.

Kisah adik-adik baru. Selalunya, semasa pendaftaran adik baru, senior akan melayan pendaftaran mereka dengan terbaik sekali. Keluar sahaja dari pintu kereta sudah disapa mesra, dibawakkan beg, dipimpin arah, sampaila sampai ke katil dorm. Hari demi hari, kabar tak putus ditanya oleh si senior, bila terluang, berborak bersama, bertanya latar belakang, berkenalan, dan membantu jika ada musykilah, membuatkan si adik baru jadi selesa dan tenang berada dalam ukhuwah senior dan junior. Masa berlalu, watak mula berubah. Si senior besar diri dengan jawatannya. Dan si junior juga mula merasa dewasa dengan kenakalannya. Si senior jadi penghukum dan si junior jadi maf'ulum-bihnya. Ukhuwah? terpisah dengan perbezaan batch. Abang/kakak yang dulunya menjadi pendengar setia sudah muak dengan perihal adik-adik. Makin dilayan, makin dimanja, makin pijak kepala pula. Senior kata, junior tak pernah menghargai budi mereka. Junior kata, senior tak pernah mengiktiraf kebolehan mereka. Itulah kurangnya, tiada penghargaan, tiada pengiktirafan antara satu sama lain, tiada sokongan, tiada pembakar semangat. Yang tinggal hanya ungkitan dan menjatuhkan ke? Tak la. Ego. Noktah. Iman dan taqwa masing-masing layu dan kering kerana tiada siraman yang membasahinya. Itulah, ukhuwah itu indah bila ia dibasahi iman dan taqwa.

1 comment:

  1. assalamualaikum ukhti :)

    subhanallah. . sungguh hebat kuasa 'tunjuk contoh' dgn pebuatan kn. :)
    cukup skdr kita menjaga adab, aurat dan syariat. lalu pergilah mendekati 'mereka' dgn slumber.tak perlu nk tampal besar2 kat baju "saya mengamalkan Islam." orang ada akal, org tahu ")

    sy dtg bziarah tapi maaf sy xdpt follow dulu, sbb line xbpe okey. inshaALLAH lpg nt sy dtg jenguk lg. dan terus follow. Harapnya line okey la kn. :)

    ReplyDelete

Total Pageviews