Tuesday 4 June 2013

Umrah : Sebuah Catatan Perjalanan


Beberapa hari sebelum bertolak.. di kantin sekolah. Rakan tegur ..

“Puzah nak pergi umrah bila?”

“Minggu depan kak, hari Isnin. Saya tak sedia apa-apa lagi kak. Cara tawaf, saie pun saya tak study lagi”

“Ala.. tawaf saie tu senang je. Sini, belajar dengan Kak Ros”

Owh, rupanya ibadah umrah ni tak mesti kena ngadap ustazah je. Cikgu biasa yang bagi nasihat tu!! Kesibukan sekolah sangat mengekang peluang untuk saya hadir ke kursus umrah. Persiapan barang-barang pun tak sedia lagi. Apa yang nak disediakan sangat? Takde nak beli apa-apa kot. Pakai je baju yang ada. List barang : pakaian, barang keperluan (sabun, ubat gigi, berus gigi dll) telekung tak nak bawak, tapi mak suruh bawak. hmm, bawakla 2 helai, kainnya takyah bawak. Ingat nak solat pakai je baju yang kita pakai. Tapi alhamdulillah di sana saya guna telekung itu waktu solat dalam hotel. Lagi? Bawak jugakla barang-barang lain, kamera, buku catatan, marker, dll. Semua itu ada keperluannya.

Di dataran sekolah. Semasa program sukaneka sempena Hari Guru.

“Kak, ceritalah kat saya apa-apa pasal umrah. Saya tak tau apa-apa ni!”

“Astaghfirullahah Azim.. puzah!!” haha, memang macam tulah selalu gaya Kak Jam. Ustazah Jamriah : antara guru senior yang selalu menjadi rujukan saya tentang apa-apa urusan sekolah. Haha, sampai tension-tension dia kadang bila nampak saya nak mengadap dia.

Antara soalan yang diajukan, apa persiapan yang perlu dibawa? Ustazah Jamriah pun insya’ Allah akan sama-sama menunaikan umrah cuti ini. Cumanya saya pergi seminggu awal dari mereka (Ustazah Jamriah, Cikgu Asmahani, Cikgu Adrine Hani, Cikgu Yusnita dan Cikgu Nor Azma) 6 orang guru sambbst akan mengerjakan umrah cuti sekolah ini.

Adalah beberapa amanat dan nasihat. Bab-bab macam ni memang kena tanya orang yang berpengalaman, sambil ditambah nasihat dan hasil pengalaman Ustazah Faridah yang memang sengaja saya duduk di tengah-tengah mereka untuk mendapat kursus personal secara ekspress sambil mengadap aktiviti sukaneka hari guru.

“Kak...,”
Owh, tak terkata, “…… saya kena bawak orang sebenarnya kak.. saya tak kenal pun orang tu camne. Ok ke.. tak ok ke.. orang tua.. lebih kurang sebaya mak saya.. dia ada kencing manis darah tinggi.. kaki sebelah dah potong.. berkerusi rodalah sepanjang kat sana. Sebenarnya…… saya masih tak ikhlas lagi nak tolong dia..”

“Ya Allah, puzah!! Janganlah camtu!!”

“Itulah.. tengah try ikhlaskan diri. Asal plan nak berdua je dengan suami. Nak panjat-panjat jabal rahmah, bukit nur, tengok gua hira’, jalan-jalan.. tapi dah macam ni. Saya pasrah jelah kak.. Saya redha tak pergi tempat-tempat tu”

“Puzah!! Camnilah, nanti akak bagi buku. Buku tu bagus. Dia bukanlah buku kaedah umrah, tapi cerita pengalaman haji. Sekurang-kurangnya kalau puza baca, puza rasa ikhlas nak tolong orang”

“buku prof Dr Muhd Kamil ye? Owh, saya ada buku tu”

***

Beberapa minggu sebelum umrah.

“Puza, kat sana nanti kita kena bawak orang tau. Ada orang tu mintak tolong kita bawakkan mak dia.” Suami mulakan cerita.

Dalam hati ini “owh.. Apakah.”

“Dia dah lama cari orang yang boleh bawakkan dia umrah. Anak dia kata dia boleh urus diri sendiri. Orangnya berkerusi roda nanti. Kita cuma tolak kerusi dia je” Saya cuma mampu terdiam.

***

Suatu hari..

“Abang.. puza sebenarnya tak ikhlas.” Hati ini bersuara juga.

Suami peluk erat bahu ini tanpa berkata apa. Aku tahu, maksudnya, dia mohon aku terima. Sejak itu saya usaha untuk terima sepenuh ikhlasnya. Satu persatu aku kutip kembali kata-kata azimat yang pernah dilontarkan ibubapaku sejak aku kecil sehingga diri ini diamanahkan kepada sang suami. Antaranya, “Susah, buat cara susah. Senang, buat cara senang” banyak maksudnya kata-kata ini. Ia menuntut kita redha, tak berlebih-lebihan, tak tamak, tak layan kehendak hati, tak terpengaruh melihat kesenangan orang lain, tak menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Haha, itulah.. dulu nak sangat jaga mak pergi umrah. Tapi mak dengan bapak pergi umrah awal pulak. Diorang pergi awal tahun baru-baru ini. Bulan 1 entah bulan 2, tak berapa ingat. Mak pun berkerusi roda kat sana. Bapaklah yang tolak. Dah nak sangat layan orang tua, sekarang terimalah!

***

Hari bertolak.

Tengahari itu ibubapa saya dan suami, juga adik-adik saya dan suami sudah berkumpul di rumah saya. Saya masih di tingkat atas menyiapkan diri. Tiba-tiba suami naik dan meletakkan diri di atas katil. Agak lama juga dia berbaring.

“Eh, apa tak siap lagi ni? Dah la, pergilah mandi sana. Dah pukul berapa dah ni!”

Dia masih termenung jauh. Apalah yang difikirkannya.

“Bang, dahla cepat. Nak solat musafir sama-sama.” Sempat cuti hujung minggu kemarin saya mencari buku-buku yang sesuai. Antaranya buku panduan dan doa sepanjang umrah yang boleh digantung di leher. Buku itulah yang nasihatkan saya supaya solat musafir dahulu sebelum keluar rumah.

“Puza solat sendirilah” balas suami. Apahal la pulak laki aku ni. Ku lihat air mukanya lain macam. Adoi, time-time macam ni pulak dia macam tu.

“Kenapa ni sayang?” Aku cuba mengupas isi hatinya.

“Puza rasa susah ke?” Eh, kenapa pulak tanya soalan pelik time-time macam ni?

“Puza dah ikhlas kan!?” Balasku meyakinkan hatinya.

“Puza sokong abang ye.” katanya.

“Mestilah Puza sokong abang.” Alahai, sayang kat suami.

“Abang sampai tak jadi makan tadi. Bapak asyik kata susah bawak orang uzur ni. Nanti ko susah, nanti ko susah, depan mak abah abang.”

“Ala.. abang macam tak biasa dengan bapak. Dia memang macam tulah. Jangan ambik hatilah”

Dalam peruntukan masa yang singkat itu, sempat jugak bapak balik ambik kerusi roda kecil yang pernah mak guna masa mak dan bapak pergi umrah baru-baru ini.

***

Solat Zohor dan Asar saya jamakkan takdim di KLIA. Owh, bapak tak dapat tunggu lama sebab dia tak dapat ambik cuti petang itu. Dia perlu bersegera ke sekolahnya. Sempat dia berpesan, kat sana nanti tolong dahulukan dan utamakan orang tua. Owh, ok insya’ Allah.

Pertama kalinya berjumpa dan berkenalan dengan Acik Raayah. Insan yang diamanahkan kepada kami untuk dijaga. Amin adik sayalah yang banyak berborak dengan anak Acik Raayah. Aku? Haha, menyendeng dengan mak.

“Kak Jah tak pandai nak borak dengan dia la mak.” Haha, memang itulah pattern aku. Tak reti nak beramah dengan orang.

“Acik, tukar kerusi inilah senang. Kerusi ni kecik sikit.” Suami cuba menunaikan hajat bapak. Acik tu ok je. Sepanjang berada di Mekah dan Madinah dia takde masalah. Dia ikut je kitorang. Kami pun tengok juga kemampuan dia. Kasihan jugak dia keletihan. Kalau dia mampu ke Masjidil Haram, kami bawa.

***

Dalam kapal terbang.

Eh, kapal terbang apa ni? Peramugarinya semua orang malaysia. Yang sangat sangat sangat bagusnya pakaian mereka sempurna menutup aurat! Elok je pun pakai tudung. Cuma satu je kurang, baju singkat atas punggung. Kalau baju tu labuh bawah punggung baru betul-betul sempurna. Ada seorang yang berpakaian biasa sibuk ke hulu ke hilir. Asalnya saya fikir dia penumpang biasa, tapi bila sibuknya macam dia pun antara anak kapal dan selalu berurusan dengan peramugara di situ, saya fikir dia bos kapal ini kot. Di hadapan kami terpampang besar logo syarikat Muhammadiah Travel. Suami kata, biasa Muhammadiah memang book satu kapal. Nak balik ke Malaysia dari lapangan terbang Madinah baru saya tahu status kapal terbang itu. Kebetulan jumpa bekas anak murid di situ. Amir Syazwan. Dia dah sebulan berada di tanah suci itu bekerja di bawah syarikat Muhammadiah. Katanya Muhammadiah beli kapal terbang itu dari NAS Airlines. Huh, bapak kaya!

“Kalau ustazah perasan, orang yang pakai baju biasa yang sibuk-sibuk dalam kapal terbang masa ustazah nak ke sini itulah ayah saya.” Kata Amir Syazwan.

***

Di lapangan terbang Jeddah.

“Jalan, jalan, mustaqim, mustaqim, terus.” Pandai arab ni cakap  melayu. Owh, memang tak bagi kami berhenti berkumpul tengah jalan. Betul jugak. Mengganggu orang nak lalu.

Di kawasan lapang sementara menunggu bas. Masih di dalam lapangan terbang. Automatiklah kami berhenti dan berkumpul sebab tak tahu nak ke mana. Padahal kiri kanan tu banyak tempat-tempat duduk.

“Ba, ba, silikon, silikon.” Apalah arab ni cakap. Lama jugak saya mengamat-amati maksudnya. Kalau tak faham macamana nak tahu apa dia nak. La.. cakap melayu ke.. “Bang, bang, silakan, silakan” apsal jauh betul bunyinya! Arab-arab ni mintak kita duduk kat kerusi la.. dia tak bagi kumpul tengah jalan.

Solat Maghrib dan Isya’ kami jamakkan takhir di lapangan terbang Jeddah.

***

Perjalanan menaiki bas dari lapangan terbang Jeddah ke Mekah mengambil masa beberapa jam. Sesampainya di Mekah, kami cek in hotel, letak-letak barang dan segera berkumpul di lobi untuk bersedia ke Masjidil Haram menyempurnakan umrah. Malam hampir subuh. Ketua rombongan berpesan, try tawaf dulu sebab dah nak subuh, kalau tak sempat habis tawaf, habiskan selepas solat subuh nanti.

Sejak di KLIA saya tak dapat dengar setiap taklimat yang diberikan sebab di KLIA anak-anak meragam, maklumlah menunggu lama. Dan sepanjang perjalanan, saya bersama Acik Raayah, agak sukar untuk saya merapat mendengar taklimat. Takpelah, apa-apa hal, saya tanya suami atau rakan-rakan lain.

Bila jamaah mula bergerak keluar hotel, saya cari suami. Owh, masih di belakang. Saya tunggu dia. Bersesak-sesak orang keluar. Kesukaran mendapatkan laluan, saya biarkan jamaah lain ke hadapan dahulu. Lagipun suami masih di belakang. Tiba-tiba.. eh, suami menonong ke hadapan.

“Abang!” Saya memanggilnya dalam hati. Oh, tolonglah dengar suara hati ini!

“Abang!” Saya menjerit dalam hati.

“Allahu Akbar! Allahu Akhbar! Allahu Akbar!” Hati ini dah mula menjengkel. Laluan yang curam, dan kadang roda kecil kerusi roda ini masuk ke dalam lubang menambahkan lagi kejengkelan hati ini!

“Oh, Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Acik ni agak berat. Badannya besar. Saya usaha menggunakan tenaga yang ada setiap kali berada di lereng jalan yang agak curam. Kang tak pasal berlanggar dengan bas yang sedang parking di situ. Oh, kudratku mula goyah lagi-lagi bila ia bercampur dengan jiwa yang berkecamuk.

“Mana abang ni? Mana abang ni?” Kelibatnya tak kelihatan disebalik ribuan manusia yang sedang berbondong-bondong menuju ke Masjidil Haram.

Saya ke tengah jalan raya. Owh, takde kenderaan. Aku mengejar selaju mungkin untuk mencari suamiku. Sesekali saya beralih ke tepi bila ada kenderaan datang dari hadapan. Nafas dan degupan jantung ini dah macam orang berjoging. Sedap je aku hirup debu-debu tebal kota mekah ini. Lantaklah, hati ini sedang marah.

“Oh, itu dia!” Hanya selang beberapa langkah sahaja. Tapi saya masih tetap tak dapat mendekatinya disebabkan himpitan manusia yang terlalu ramai.

“Oh, tolong ada ruang, tolong ada ruang.” Nampak je ruang kosong, saya terus menyelinap dan menyelinap. Akhirnya… fuh, alhamdulillah..

Riak suami menyapa macam tak ada apa-apa berlaku.

“Abang!! Bla bla bla bla..” Saya mula meluahkan rasa. Letih tau dengan jalan tidak rata dan tempat yang belum kita biasa. Dah tak peduli Acik Raayah dengar saya membebel.

Dikesempatan itu sempat saya mendongak mengkagumi binaan Masjidil haram yang tersergam. Subhanallah! Saya tenangkan kembali jiwa ini. Saya tak mahu disebabkan hati yang tidak stabil membuatkan saya terlepas pandangan PERTAMA saya menyaksikan rumah Allah yang sangat mulia ini. Bersedia melangkah masuk ke Masjidil Haram dengan ucapan tahiyatul masjid melalui pintu Malik Abdul Aziz dan terus ke hadapan menuju Kaabah.

اللهم انت السلام ، و منك السلام ، و إليك يعود السلام ، فحينا ربنا بالسلام ، وادخلنا الجنة دار السلام ، تباركت ربنا و تعاليت يا ذا الجلال و الإكرام .

“Ya Allah! Kau Maha Sejahtera, dariMu segala kesejahteraan, dan kepadaMu kembali segala kesejahteraan, maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga negeri yang sejahtera. Maha Suci Engkau Tuhan kami, dan Maha Tinggi Engkau wahai Yang Maha Agong lagi Maha Mulia.”

Allahu Akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Betapa aku terasa suatu kerahmatan bila dapat menyaksikan kaabah dihadapan mata. Sambil mencari-cari laluan wheelchair ke kawasan tawaf sambil mata dan jiwa ini beriringan bersama kaabah. Dari satu laluan ke satu laluan. Semuanya dijaga oleh askar. Dan askar-askar ini tak membenarkan kami turun ke dataran kaabah. Apahal?!!

“Tawaf, tawaf.” Suami minta izin daripada askar tersebut.

Owh, rupanya sudah masuk waktu solat subuh. Sebab itulah semua yang sedang tawaf diminta berhenti tawaf.

“Jalan, jalan, terus, terus.” Petugas wanita yang berpakaian serba hitam dan bertutup muka sehingga langsung tak nampak matanya menunjukkan arah yang sepatutnya kami pergi. Tak sangka dia berbahasa melayu.

Saya dan suami dipisahkan! Owh, saya mula rasa takut. Takut sesat. Di tempat yang masih saya belum biasa dan dibanjiri ratusan ribu manusia.

“Abang jangan solat jauh-jauh tau! Tunggu Puza kat sini.” Dalam keadaan kelam-kabut itu sempat saya memerhatikan keadaan sekeliling bagi memastikan tempat yang akan kami berjumpa nanti.

“Ya ibu, atas, atas.” Petugas serba hitam itu meminta saya ke tingkat atas. Alahai, stokin yang licin ini menyukarkan saya menolak kerusi roda Acik Raayah. Lalu petugas itu membantu saya menolak kerusi itu dan terus meletakkan Acik Raayah di sof yang betul. Saya juga melilau-lilau mencari ruang untuk solat. Subhanallah! Di hadapan saya tersergam kaabah, rumah Allah yang penuh dengan segala kemuliaan. Alhamdulillah aku titipkan. Alhamdulillah.. Berderau jiwa ini. Satu persatu kisah kemuliaannya terlintas di fikiran ini. Sejarahnya yang aku baca, yang aku belajar dari guru-guruku. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Selesai subuh, mudah sahaja saya berjumpa dengan suami. Mungkin dia solat tidak jauh. Sedang tempat solat lelaki hanya di sebelah tempat solat wanita. Tapi kami terpaksa menunggu dan berbaris lama untuk turun ke dataran tawaf. Owh, memang itulah yang selalu buat aku perlu bersabar disepanjang saya berada di dua kota Haramain ini. Wheelchair perlu dikemudiankan menunggu serbuan manusia yang berpusu-pusu menunaikan tawaf. Bila keadaan agak reda baru kami dibenarkan turun tawaf.

Tawaf kali pertama agak kelakar. Almaklumlah, takde pengalaman. Daripada hasil pembelajaran kata dada tak boleh mengadap kaabah. Risau dengan keadaan itu membuatkan jasad ini kaku. Hanya kaki yang berjalan. Kepala pun tak berani berpaling ke mana-mana arah. Hanya anak mata sahaja yang memerhatikan arah. Menjadi masalah bila terpisah dengan suami. Haha, gara-gara tak berani memalingkan kepala.

Selepas tawaf, mencari tempat solat di belakang makam Ibrahim. Ada ruang insya’Allah setiap kali kami mahu solat di situ atau di hadapan Multazam. Syaratnya kena pandai cari ruang kosong, pandai menyelinap dan solat di tempat yang dibenarkan. Walau keadaan sesak macamanapun insya’ Allah ada ruang untuk kita. Kena pandai cari ruang yang strategik. Biasanya tepi penghadang. Insya’ Allah takde orang ganggu. Tengok jugak siapa di kiri kanan kita. Kalau diluar waktu solat fardhu, tempat tu memang bercampur lelaki dan perempuan. Selalunya saya akan cari tempat sebelah perempuan. Saya selalu harap suami dapat solat di sebelah saya. Untuk saya sengaja solat sunat berjamaah bersamanya. Tengok keadaanlah. Kalau tiada ruang bersama, kami solat jauh-jauh. Bila ruangnya sesuai, saya atau suami yang akan hadir kepada masing-masing untuk solat bersama. Selalunya ruang itu akan ada. Di sebelah saya perempuan dan di sebelah dia lelaki.

Kelebihan berada di tanah suci ini, lidah kita masin. Hanya tanamkan hajat dalam hati, insya’ Allah tertunai. Tapi ujiannya di sana sentiasa ada. Contohnya bila mencari seseorang. Suami atau rakan. Kita berharap dapat berjumpa. Tak lama lepas tu jumpa. Kita sakit-sakit badan, mohon dihilangkan lenguh-lenguh itu, alhamdulillah sihat sehingga mampu menyempurnakan lengkap tawaf sunat padahal pada asalnya hampir-hampir nak batalkan niat bertawaf, kemudian niat bertawaf seberapa pusingan yang mampu tapi akhirnya dapat bertawaf tujuh pusingan sekali gus. Alhamdulillah. Ujian itu datang, kita mohon, dan kita terlepas dari ujian itu. Kemudian datang lagi satu ujian dan kita mohon lagi dan dalam waktu itu juga kita terlepas dari ujian itu dan begitulah seterusnya. Dan akhirnya kita pulang ke malaysia dengan jiwa yang terdidik dek pengajaran dan pelajaran yang kita timba di bumi Mekah yang penuh barakah ini.


 bersambung...

Saturday 27 April 2013

pilihanraya : jom mengundi


Minggu depan pilihanraya. Saya tak pandai cerita pasal pilihanraya. Yang pasti, saya undi parti islam. Bukan kerana metarial yang ditabur. Ptptn, tol, kereta, minyak, rumah dan sebagainya, tapi kerana islam. Mahu melihat islam diaplikasikan oleh masyarakat.

Hari ini saya melihat masyarakat sekeliling sedang jahil. Kalau kita pergi mana-mana pun, tengoklah, alahai anak-anak kita, makcik-makcik pun.. kesian kita tengok. Kenapa tak pakai tudung cik? Dalam hatila boleh tanya. Nak tanya depan-depan confirm kecik ati.

Tapi.. sungguh ke? Bila parti islam yang menang, semua itu akan terrrealisasi? Yang pasti, walau apapun keputusan pilihanraya nanti, saya tetap akan meneruskan minat baru saya ni, menulis blog demi amal maaruf nahi mungkar. Walaupun untuk diri saya sorang.

Ikutkan, saya takdela banyak ilmu. Tapi, bila menulis blog, secara tak langsung, saya cuba mencari ilmu. Pastu suruh abang baca, nak tau pandangan dia, ok tak? Hehe.. biasanya dia ok je  ;P

Pilihanraya kali ini memang nampak cabarannya. Paling ketara sebab berlakunya perkembangan teknologi yang mana masa pilihanraya ke12 dulu, teknologi-teknologi ini belum pun wujud lagi, walau sebahagiannya sudah wujud tapi belum rancak. Antaranya, facebook dan blog. Handphone zaman sekarang pun makin banyak aplikasinya, makin mudah dan canggih. Jadi, memang begitu bebas dan kreatiflah rakyat berkempen.

Orang BN kata, BN pun islamic jugak ape. Hmm.. kesian sebenarnya.. yang bercakap tu jahil. Kita tengok benda-benda yang dibuat pun benda-benda jahil, sedih.. Yakin betul bercakap tentang islam. Ai.. bertambah sedih.. tapi alhamdulillahla, bila bertembung agama dalam politik, dalam BN pun dah timbul orang-orang yang ahli dalam agama. Walau nampaknya masih berdiam diri dengan perkara-perkara fasik, tapi kira perkembangan yang baik bagi negara kita lahh.

Pakatan rakyat, memanglah kalau di calculate, dicampur dan dibahagi, perbendaharaan negara yang katanya dipegang individu-individu tertentu mampu nak tampung ptptn, minyak, tol dan sebagainya. Tapi ingat balik la kisah Nabi Sulaiman ketika dia melihat Allah s.w.t memberikan rezeki kepada semua makhluk di muka bumi ini. Lalu dia teringin mengambil alih tugas tuhannya untuk satu hari sahaja! Dan hanya untuk haiwan-haiwan di laut sahaja! Satu hari je pun. Lalu Nabi Sulaiman yang terkenal dengan pentadbirannya yang luar biasa sehingga semua binatang-binatang, jin-jin dan angin patuh perintahnya, maka diperintahkan semua mereka mengumpulkan makanan di tepi pantai sehinggalah tinggi setinggi gunung untuk makanan penduduk laut nanti. Tiba harinya, naik seekor hidupan laut yang paling besar, hanya dengan sekali ngap, habis semua makanan-makanan itu dimakannya. Maka.. kelaparanlah seluruh penghuni laut dalam satu hari tu..

Nampak tak. Jangan bertuhankan matematik sangat. Dan alhamdulillahlah saya belajar tanpa ptptn, bantuan sepenuhnya daripada zakat selangor. Mewah nilainya. Bukan sahaja mampu menampung kehidupan saya di negara orang, malah dapat jalan-jalan lagi seluruh negara Mesir. Dan kedua-dua tambang tiket kapal terbang pergi dan pulang ke Malaysia dengan duit zakat ini semata-mata. Jadi alangkah.. alangkah nikmatnya takde hutang! Dan alangkah bagusnya kalau manfaat kewangan ini dapat dinikmati juga semua penuntut-penuntut yang lain tak kira di mana mereka belajar. Ilmu pelajar tu jugak yang akan membangunkan negara kita jugak nanti. Ha, pastu bagi gaji best2 kat diorang, bonus etc, barulah produktiviti negara meningkat!! Pandai je aku cakap.

Dasar penswastaan. Dulu, air, elektrik, hospital, universiti, petroleum, beras, proton, telekom, lapangan terbang, PLUS, JKR, KTM, perlabuhan, pembalakan dan lain-lain ditadbir oleh kerajaan. Dikatakan akibat saiz sektor awam yang makin membesar menyebabkan perbelanjaannya meningkat dan pulangan balik kepada kerajaan adalah lambat dan sangat rendah. Memang ribuan bilion ringgit yang terpaksa kerajaan tanggung. Melihat negara lain, sudah banyak negara-negara yang menyerahkan harta milik negara ini kepada syarikat swasta. Sayangnya ia dibeli oleh kroni-kroni dengan harga yang rendah (kat negara luar ni tau!) dan keuntungan yang sebelum ini dikongsi oleh semua rakyat kini sudah menjadi milik individu 100%. Kerajaan nak ambik pun melalui cukai sahaja.

Diwar-warkan sekarang PR berusaha mengembalikan hak rakyat terutamanya petrol, air, tol dan pendidikan kalau PR menang nanti. Tapi dah jual kat orang, senang ke orang tu nak serah balik? Sebab pelaburan bahan keperluan asasi ni memang confirm untung. Sebab permintaan memang pasti ada. Susahlah rakyat nak hidup tanpa kemudahan macam air, elektrik, jalanraya, petrol dan sebagainya. Dah biasa untung bilion-bilion tiba-tiba pasal pilihanraya nak serah balik? Sangat-sangat tak berbaloi.

Apa kesan penswastaan ini? Pentadbir negara makin tak banyak sakit kepala la nak pikir semua sektor ini. Kat siapa dia serah pemilikan harta-harta negara ni? Cuba tengok salasilah tauke-taukenya. kalau ahli keluarga dia jugak.. hmm.. serupa tak payah swastakanlah. Kenapa? Kalau kerajaan yang tadbir, penjawat-penjawat kita takde yang profesional nak tadbir bidang-bidang mereka ke? gaji tak banyak macam sektor swasta kot. Pasal tu produktiviti kurang. Ye ke? betullah, bila wujud persaingan wujudlah semangat kan? Sebab tu penswastaan lebih baik. Tapi.. tapi.. rakyat kena bayar perkhidmatan mereka. Bayar macamana? Bayar dengan harga barang yang tinggi, harga kereta, harga rumah yang tinggi, harga petrol, ptptn, muda-muda lagi dah tanggung hutang yang tinggi. Dibantulah dengan bantuan-bantuan kerajaan RM500, RM250, RM100 bla bla bla..

Saturday 20 April 2013

macam-macam cerita pasal solat


Waktu hari bekerja biasanya pagi-pagi adalah waktu yang selalu kelam kabut. Sayalah tu, orang lain ada yang tak kot. Kelam kalut menyiapkan keluarga. Dah tau kelam kabut kenapa tak siapkan awal-awal? Soalan tu kalau dijawab pun.. hmm.. Tu belum kira kalau bangun lewat atau anak meragam.

Suatu hari, sedang saya mengejar masa, walau dalam tenang, sebaik sahaja masjid selesai azan subuh, saya terus solat subuh.

Sedang solat tu, masjid sedang sedia untuk start solat. Apa yang menjadikan hati ini rasa bersalah ialah.. aku solat mendahului imam!!

Aduh.. ni pasal terbawak-bawak tengok gambar ni kat facebook la ni!!



Oklah tu, daripada terbawa-bawa tengok cerita hantu atau drama-drama.

Salah ke saya solat dahulu sebelum orang lain start solat? Hadis tu kan untuk orang yang solat jamaah. Nak kata kenapa saya tak solat jamaah? Aku tanya, aku jawab. Aku tanya, aku jawab. Lagipun orang perempuan lagi baik solat kat rumah je. Ada ustaz kata, suami solat kat masjid, isteri pun dapat pahala sama banyak dengan pahala solat suami.

Masa anak kecik-kecik dulu memang masam muka la kalau suami solat masjid waktu kita tengah kelam kabut kat rumah dengan anak menangis lagi. Sekarang anak dah besar sikit, dengar ada ustaz kata macam tu, dah bolehla nak kejut suami subuh untuk solat masjid.

Tapi kalau kita memang sudah berada dalam jamaah tapi berniat solat sebelum imam solat atas alasan masa itu ibarat pedang bak kata pepatah arab, al-waktu kas saifi. Al-waktu kas sayap, in lam tak tangkap fa tatatarbanga. Bagaimana nak dihukumkan ye? Haram? Makruh? Harus?

Sah je solatnya kan? Dan mungkin takde kaitan pun dengan hadis kat atas tu. Tak taula. Kena tanya pada yang lebih arif. Hamba ini memang tak berapa tau sangat kupasan, sebab dan hikmahnya. Cuma kat sini rasa.. eh, betul ke? Salah ke? Apa yang saya buat selama ini. Sebab tu terpikir.

Pasal solat kat masjid memanglah ada hadisnya,

1.         Daripada Ibnu ‘Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Siapa yang mendengar azan lalu dia tidak datang (ke masjid) maka tidak (sempurna) solat baginya kecuali orang yang uzur.
(Riwayat Ibnu Majah)

2.         Siapa yang berwudhu’ dengan sebaik-baiknya kemudian pergi (ke masjid) lalu dia dapati manusia telah selesai solat, Allah ‘Azzal wa Jalla memberikan kepadanya pahala seperti pahala orang yang hadir solat (berjamaah) tanpa mengurangkan pahala mereka sedikitpun.
(Hadis riwayat Abu Daud)

3.         Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Aku berniat memerintahkan orang-orang islam bersolat. Kemudian aku perintahkan seseorang sebagai imam dan solat bersama. Kemudian aku bersama beberapa orang pergi membawa seikat kayu bakar ke rumah orang yang tidak hadir solat berjamaah untuk aku bakar rumah-rumah mereka.
(Muttafaqun ‘alaih)

4.         Daripada Abu Hurairah r.a : Seorang lelaki buta datang kepada Rasulillah s.a.w lalu berkata, “Aku tidak ada orang yang memimpin aku ke masjid.” Lalu dia mohon Rasulallah s.a.w meringankannya bersolat di rumah. Maka Rasulullah s.a.w meringankannya. Ketika dia berpaling mahu pulang, Baginda memanggilnya dan berkata, “Apakah kamu mendengar azan?” Dia menjawab, “Ya” Baginda bersabda, “Maka hendaklah engkau penuhinya.”
(Hadis riwayat Muslim)

***maksudnya, dah alang-alang berada kat masjid, kenapa balik pulak? Dah azan teruslah solat sekali.

Semua tu untuk orang lelaki la. Yang perempuan takde la kena tunggu solat masjid habis baru boleh solat kan? Aduh, ilmuku semakin cetek di sini. Sapa-sapa boleh bagi penerangan? Takut salah je ni!

Tadi kan cerita asalnya pasal ragam solat orang yang kejar masa. Saya jumpa satu hadis, katanya :

Janganlah kamu meninggalkan dua rakaat solat sunat subuh sekalipun kamu sedang dikejar oleh tentera berkuda   (Hadis riwayat Abu Daud, Baihaqi dan Thahawi)

Solat fardhu dah tentulah tak boleh tinggal walau uzur macamanapun. Tak mampu duduk, baring. Tak mampu angkat tangan sebab sakit dah terlalu tenat, gunalah isyarat mata malah hati kalau mata tu pun dah tertutup koma. Warislah kena pimpin bacakan solat. Tak kan nak biar orang yang kita sayang, mak ayah contohnya tinggalkan solat saat-saat, hari-hari terakhir hidupnya. Itulah kesiannya orang yang tak dapat tinggalkan anak-anak yang soleh. Nak mati pun dibiarkan tak solat. Padahal tu bukan soal hidup dan mati lagi tuh. malah lebih dari itu! Ni dah masuk soal dunia akhirat, syurga neraka! Tak kan nak biarkan orang-orang yang kita sayang gagal ujian barzah?

Bukan soal solat fardhu yang saya nak bincangkan di sini. Tapi pasal hadis solat sunat subuh tu. Nak cerita, solat fardhu pun tak boleh tinggal, ni kan pulak ada hadis kata  solat sunat subuh pun janganlah tinggal walau masa tak sempat! Walau dikejar kuda! Kuda lagi laju nak lari, ni kan pula kita dikejar entah mengejar masa!

Ada hadis lagi,

Daripada Aisyah r.a katanya : Bahawa Rasulullah s.a.w solat dua rakaat sebelum subuh. Baginda mengerjakannya secara cepat sehingga meragukan aku adakah baginda membaca surah fatihah atau tidak.   (Hadis riwayat Ahmad)

Hadis lain,

Daripada Aisyah r.a katanya : Aku belum pernah melihat Rasulallah s.a.w sungguh aktif dan segeranya mengerjakan kebajikan sebagaimana rajin, aktif dan bersemangatnya baginda mengerjakan solat sunat fajar dua rakaat.   (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim)

Yelah, dah kata kejar masa, kejar kuda dan sebagainya. Mestilah solat itu dilaksanakan dengan tergesa-gesa. Sehingga baca al-Fatihah pun selaju mungkin sehingga orang yang melihatnya rasa macam tak baca fatihah. Try baca fatihah laju-laju.

Kenapa subuh? Kenapa Rasulullah sampai begitu? Subuh itu.. banyak kesannya. Permulaan hari kenalah semangat. Dan jangan lupa pergantungan kita pada Allah s.w.t walau apapun tanggungjawab kita.

Sambung lain kali.. J

Thursday 18 April 2013

ingat mati

Assalamualaikum..

Cerita ni mesti ramai tak suka ambik tahu.

Kalau boleh biarlah ia jangan pernah berlaku, itu kata nafsu.

Hmm.. mana boleh.. sebab ia pasti datang.. itu kata iman.

Andai suatu hari, datang satu makhluk kepada kita.. katanya..

“(nama kita).., dah sampai masanya.. jom..”

Huh, takut saya membayangkan saat itu! Aku tak nak mati lagi, dan aku tak nak orang-orang yang aku sayang mati. Orang tua-tua dulu sangat pantang menyebut cerita-cerita begitu. Hampir-hampir saya tekan butang Ctrl A dan delete. Macam tak nak sambung cerita pasal ni lagi. Kenapa? Tak sedia? Tak berani sahut cabaran? Yela, dah yakin selamat ke kita kat sana?

حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُون

“Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang dari mereka. Dia berkata, wahai tuhanku! Kembalikanlah aku!”   (Surah Al-Mu’minun : 99)

Maklumlah, banyak lagi perkara kita nak perbetulkan. Ibadah kita bukan betul sangat pun. Contohnya solat, kadang nak tak nak je buat, sampai terlajak masa pun ada sebab terlalu sibuk dengan duniawi. Aktiviti-aktiviti seperti mengumpat, tak jaga aurat, ambil remeh tanggungjawab dan sebagainya masih sebati malah masih istiqomah dalam amalan harian kita. Hmm.. astaghfirullah!

Pernah tak,  bila kita dengar ada kematian kita kata,

“eh, tak sangkalah.. baru pagi tadi saya jumpa arwah..”

Berita itu memang sangat mengejutkan kita. Tapi kata si mati “aku lagi terkejut! Aku lagi tak sangka! “

Yelah, contohnya tiba2 musibah datang tak disangka dan.. rupanya itu saat terakhir kita. Harap-harap orang yang menghadapi saat kematian itu janganlah dalam keadaan lagho jauh tenggelam dalam keduniaan.

Kawan-kawanku sayang.. Bagus sebenarnya selalu-selalu ingat mati ni.

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, mereka itulah orang yang paling sempurna akalnya.   (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sempurna akal! Nampak tak? Betul jugak.. orang yang tak ingat mati selalu buat tindakan ikut nafsu. Bila dah ikut nafsu mestilah lari dari pemikiran yang waras. Bila tak ingat mati, matlamat hidupnya bukan-bukan, tak fikir orang lain, dari situlah berlakunya penindasan. Dan secara tiba-tiba Allah s.w.t menunaikan perjanjiannya. Perjanjian apa? Janji Allah s.w.t tentang pembalasan, tentang syurga dan neraka, tentang mati.

Telah banyak dicontohkan dalam al-Quran perihal kaum-kaum yang melupakan Allah s.w.t sehingga akhirnya mereka dibinasakan bersama kehebatan yang mereka banggakan. Untuk apa ia dikisahkan? Hari-hari kita baca al-Quran tak kan tak ambil iktibar? Hari ini pun banyak kita saksikan manusia-manusia berkuasa akhirnya jatuh tersungkur. Nampak tak betapa kekuatan, kuasa, harta dan semua pembantu-pembantu mereka tak membantu. Tak membantu mereka saat-saat terakhir di dunia malah tak membantu pun saat di akhirat nanti.

Sebenarnya nak simpulkan, siapapun kita, selalu-selalulah ingat mati. Wallahu A’lam.. J

Thursday 28 March 2013

tumbuhan, air dan api

Bangun tidur.
Apa yang mula-mula sekali kita fikirkan?

Kalau hari itu adalah hari penting. Bergegas dan cergas sahaja kan kita bangun? Bagai ada spring di belakang kita yang menolak kita bangun dari tempat tidur. Dan bagai ada arus tenaga pada setiap urat saraf kita yang mengaktifkan pergerakan anggota badan kita.

Sebaliknya, andai semalam hari yang menyedihkan. Bangun tidur, fikiran tak tenteram, demam kot, akibat hati yang berbaur-baur. Muhasabah kembali urusan manusia atau urusan tuhan yang masih tak kena. Ya Allah.. mungkin hamba-Mu ini banyak melakukan dosa. Tu yang jadi pagi-pagi dah termenung panjang. Jam dah lewat baru nak kelam-kabut.

Bukan itu yang nak diceritakan hari ini. Hari ini murid-murid, haha. Ustazah nak cerita tentang surah al-Waqi’ah! Daaari ayat 63-73.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
Kalian tidak perhatikah pada apa yang kalian tanam?
Kaliankah yang menumbuhkannya? Atau Kami yang menumbuhkan?
Andai Kami mahu, pasti Kami jadikannya kering, maka kalian akan berdiri tercengang (sambil berkata)
“Aduhai ruginya kami!
Malah kami tidak mendapat hasil!”
Kalian tidak perhatikah pada air yang kalian minum?
Kaliankah yang menurunkannya dari awan? Atau Kami yang menurunkannya?
Andai Kami mahu, Kami boleh jadikannya masin (tidak boleh diminum), kenapa kalian tidak bersyukur?
Kalian tidak perhatikah pada api yang kalian nyalakan?
Kaliankah yang menumbuhkan pokoknya? Atau Kami yang menumbuhkan?
Kami jadikannya (api itu) sebagai peringatan (neraka) dan manfaat bagi musafir
صدق الله العظيم

Di sini hanya terjemahan. Harap saudara-saudari bacalah ayatnya dalam al-Quran ye. Ada pahala menyusul dalam setiap huruf-huruf yang dibaca, In Syaa’ Allah.

3 topik mahu dicerita di sini. Pertama, tentang tumbuhan. Kedua, tentang air. Ketiga, tentang api.

Sebelum itu, jauh sikit nak fokus. Tentang kalimah “Kami” dalam al-Quran. Bukankah Allah itu Maha Esa? Sedangkan “Kami” umpama ada banyak tuhan?

Sebenarnya, dalam ilmu balaghah (harap orang lughah tolong betulkan kalau hamba tersalah), lafaz “jamak” digunakan bagi memuliakan seseorang.

Contohnya, lafaz “assalamualaikum” Sama ada ditujukan pada seorang atau 2 orang. Kita dibiasakan dengan lafaz “kum” yakni ramai, sebagai memuliakan orang yang bersama kita.

Begitu juga ketika menulis surat. Lafaz “kaifa khalukum” atau apa-apa sahaja ayat dari awal surat sehingga tamat surat adalah lebih indah jika kita gunakan kata ganti “jamak” untuk penerima surat walaupun dia hanya seorang.

Contoh lain, panggilan “arwah”, “Arwah sifulan”. Kenapa kita tak panggil “roh sifulan”? bukankah arwah itu “isim jamak”? sifulan tu sorang je. Mestilah sebab untuk memuliakan sifulan. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un..

Jadi, “Kami” dalam al-Quran dalam ilmu lughahnya adalah sebagai memuliakan tuhan Robbul Jalalah. Dan hanya Dia sahaja yang boleh menggunakan lafaz itu. Makhluq lain tak boleh guna lafaz jamak untuk dirinya sendiri. Wallahu a’lam..

Kembali pada topik. mula-mula cerita pasal tumbuhan. Ayat 63-67. Mungkin jauh~ jauh~ jauh~ saya mentakwil hari ini. Mohon ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, ilmuan-ilmuan, tegur jika hamba tersalah.

Zaman sekarang mungkin tak ramai yang berkebun. Tapi kalau kita perhatikan kesuburan tanaman di rumah orang, kebun orang, sawah orang, apa kita fikir? Pandainya orang yang tanam kan? Segala logik akal semua dikeluarkan. Mungkin tanahnya subur, tuannya rajin airkan, baja, jaga dari perosak dan sebagainya.

Baru-baru ini, dah lama la jugak. Cuti sekolah yang lalu. Saya sengaja mengisi masa lapang dengan bercucuk tanam. Saya sangka buka sekolah nanti dapatlah lihat hasilnya. Tak jugak. 4 bulan saya kira baru ia berhasil.

Saya perhatikan..


 dari mula ia ditanam..



Saat daun pertama mula becambah.


Dan daun-daun lain mula muncul..


Sehinggalah ia membesar..



Berputik..



Dan..



Ia sungguh menceriakan hidup kami..

Hebat  kan penciptaan Allah? Siapa yang tadbir semua ini? Saya? Saya yang tanam, saya yang siram, yang jaga, yang buat semua kerja-kerjanya bersama anak-anak dan suami tercinta.

Salah tu.. Allahlah sebenarnya yang tadbir tumbuhan itu. Dia yang menumbuhkan setiap helai daunnya. Malah setiap helai daun yang gugur sudah tertulis takdirnya di Luh Mahfudz sejak azali lagi.

Seluruh alam ini Allah yang tadbir. Sehingga kesetiap neutron-neutron yang terbentuk dalam jasad kita. Malah Dia lebih dekat dengan kita berbanding diri kita sendiri.

Tapi kita bukan petani. Apa kaitannya ayat surah al-Waqi’ah itu dengan diri kita? Tumbuhan, air dan api. 3 keperluan utama kita! Walau bukan kita yang tanam, tapi setiap hari kita makan bukan? Kalau tak makan tumbuhan, kita nak jadi apa? Karnivor? Makan daging dan ikan sahaja? Andai ditakdirkan hasil tanaman petani tidak menjadi. Minyak masak dari kelapa sawit, gula dari tebu, beras, sayur, semua itu tidak boleh putus dalam hidup kita.

Air.
Baru-baru ini. Pun tak baru jugak. Sekolah, asrama dan kediaman saya ada masalah air. Seminggu! Kasihan pelajar-pelajar asrama. Asrama dah tak rupa asrama dah. Selama sekolah ini ditubuhkan, walau banyak kali asrama ketiadaan air, tak pernahlah sampai lori syabas ke quarters macam ni.


  Ni kat quarters guru

Alhamdulillah la tangki rumah saya tak sampai terputus air seperti jiran-jiran. Dan alhamdulillah jugalah air paip yang terus dari paip luar (bukan dari tangki rumah) masih mengalirkan air walau kadang-kadang kecil. Jadi, membasuh pinggan dan menyiram bunga masih tidak mengganggu air tangki rumah. Pelajar asrama yang terdesak air juga saya bagi kalau nak ambil air dari paip luar rumah. Sebab fikir saya, tak luak dan tak menjejaskan sebab ia dari saliran luar.

dan, sebagai seorang islam saya fikir logikkah air dalam dunia ni habis? Allah kan Maha Kaya. Kaya dengan air dan segala-galanya. Cuma bukan milik kita je.

Firman Allah s.w.t :

Milik-Nya segala perbendaharaan di langit dan di bumi. Dia melapangkan rezeki pada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia yang membatasinya. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

(surah asy-Syura : 12)

Jadi, “Dia yang membatasinya”. Air itu Allah tahan. Masalah pembentungan adalah wasilahnya. Umpama mati, sakit adalah wasilahnya. Dan umpama sakit, makanan tinggi kolestrol contoh wasilahnya. Matematiknya mudah bukan?

Sebenarnya tak sampai hati juga menyiram bunga dalam keadaan begini.


Tengoklah pokok-pokokku..




Api.
Boleh tak saya takwilkan zaman sekarang sebagai elektrik? Api penting kan? Takde api, tak masak. Tak masak, belilah. Kalau kedai pun takde api? Nak beli makanan macamana? Dalam surah al-Waqi’ah ayat 72 dicontohkan pokok sebagai sumber api. Siapa yang menumbuhkan? Allah. Sumber api zaman sekarang? Gas untuk memasak dan untuk kenderaan. Sumber elektrik? Janakuasanya dari mana? Siapa yang tadbir? Logiknya manusia. Manusia yang bina sistem janakuasa itu. Salah!! Allah yang tadbir sebenarnya! Elektrik terputus? Wasilahnya boleh jadi macam-macam cara. Ayat 73 surah al-Waqi’ah, Allah jadikan api itu sebagai peringatan dan manfaat.. fikirkan..


Wednesday 27 March 2013

pengumpat, pencela dan pengumpul harta


Celaka! Untuk semua pengumpat dan pencela!
Yang mengumpulkan harta dan menghitungnya!
Dia kira hartanya akan mengekalkannya?!
Sekali-kali tidak! Pasti, dia akan dilemparkan ke dalam Hutomah!
Tahu apa itu hutomah??!!
Api yang dinyalakan!
Yang sampai ke hati!
Atas mereka ditutup rapat!
Diikat mereka pada tiang-tiang panjang!
(surah al-Humazah : ayat 1-9)

Astaghfirullahal Azim.. Astaghfirullahal Azim.. Astaghfirullahal Azim..

Surah yang mudah, sejak kecil kita sudah dibiasakan dengan ayat ini. Pengertian yang mendalam. Namun..

Setiap hari kita mengira-ngira kesalahan orang. Itu tak kena, ini tak betul, itu salah, kenapa dia tak buat begini, kan sepatutnya begini, ha.. itulah, sapa suruh tak nak ikut kata aku! Eee.. teruknya!

NEGATIF!                          
  negatif!!                                           negatif!


                                                                                                                Negatif!!!!!!!                                                 NEGATIF!!                            Negatif!

                                                                        Negatif!!


Tak kiralah pada siapa pun. Pada anak murid, orang di sekeliling kita, atau siapa-siapa entah yang kita tak kenali.

Umpat                                                                                 hina

                                                                Lekeh                                      kritik

                KUTUK                                         krikik kik kik

Jaga-jaga dengan ucapan. Dari surah Qaf ayat 18 : tidak ada satu lafaz yang diucap melainkan ada di sisinya malaikat yang mengawas dan mencatat.

Hmm.. tiba-tiba teringat anak-anak murid di sekolah. Ringan sungguh mulutnya menyebut bahasa-bahasa kotor.

Ngata sikit-sikit boleh tak? Ikutkan ayat (لكل همزة!) maksudnya : semua, setiap orang, takde kecuali-kecuali!

Tapi itulah, ikutkan hati, hawa nafsu, kehendak dan kepuasan diri, memanglah.. tak berani nak tegur depan, kat belakang kita buruk-burukkan, maki-hamun, apa-apa sahajalah yang mampu buat kita pengaruh orang untuk pandang negatif pada orang yang kita tak bekenan tu. Patutlah ayat ketujuh surah itu kata “membakar sampai naik ke HATI” kerana hati itu yang durjana.

Nikmat kot mengumpat dan mencela orang ni. Ayat kedua surah al-Humazah juga berkaitan hati. Juga membuatkan ‘hutomah’ itu membuak-buak menghukum. Orang yang mengumpulkan harta dan menghitungnya. Of course lah saya, kita, kamu kamu, saya balik, ada plan nak kumpul harta, sebagai target kehidupan kita.. di dunia. And of course la kita calculate, kita hitung, kita banding dengan orang lain, demi target kita. Itukah matlamat kita hidup? Dah mati nanti? Takde apa yang nak dibanggakan kat ‘sana’. Tak kaya pun kat dunia. Sedang semua rezeki kan Allah yang aturkan. Dia kejar harta, aku tak kejar harta, sama je hidupnya. Wallahu A’lam..

Thursday 14 February 2013

takpe.. Allah ada

Huh, letihla.. Cuma harap letih ini ada hasilnya. Iye2 merancang dan bergerak mengikut perancangan. Dan macam biasa kadang-kadang datang dugaannya. Memanglah, ada orang jenis sempurna, segalanya nak sempurna dan nak orang lain pun buat kerja sempurna. Cacat kecil pun diberat-beratkan. Dan kadang-kadang wujud perbezaan pendapat dan cadangan. Aduh.. cakap banyak, nyusah-nyusahkan, aku yang kena buat kerja ni!! Sudahnya aku pasrah sahaja dan serahkan segalanya pada DIA. Berjaya atau tidak, aku redha sahaja. Yang pasti, aku cuba buat yang terbaik.

Tentang sesuatu apapun kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah. Itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku kembali.

(Surah As-Syura : 10)

Ayat inilah yang buat aku terus bertawakal dan menyerahkan segala-gala pada-Nya. Aku hanya percaya pada DIA. Dan aku yakin, baik atau buruk yang mendatang ada hikmahnya. Malah kadang Allah turunkan rahmat-Nya di saat-saat akhir, di waktu hambanya berputus asa. Huh, saje je nak uji aku sabar tak sabar..

Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.

(Surah As-Syura : 28)

Bila baca ayat tu, aku rasa tak apalah, sampai syahid pun, Allah tidak akan tinggalkan aku sendirian. Ye la.. manalah tahu aku ada banyak dosa. Alhamdulillah la ujian-ujian itu menyapa aku. Harapnya dapat menghapuskan dosa dan kelalaian aku. Maklumlah, tinggal kat dunia ni kecenderungannya pada benda-benda yang lagho dan ikut hawa nafsu je.

Katakanlah, “Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

( surah Az Zumar : 53)

Hah, kan! Ikut kehendak hati, layan sifat-sifat mazmumah, melampaui batas terhadap diri sendiri la kan? Kenapa ayat tu kata ‘berputus asa dari rahmat Allah?’ selama ni paham berputus asa dengan ujian je. Nampak tak? Ujian tu merupakan rahmat! Cuma menang tak menang je mendepani ujian tu. Kadang musibah tu datang sebab diri kita juga. Siapa suruh buat masalah? Jadi, tanggunglah sendiri masalah yang kita cipta tu.

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah mema’afkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).

(Surah As-Syura : 30)

Tak ape lah.. Allah kan Maha Penyayang. Tengok tu, Allah memaafkan SEBAHAGIAN BESAR dari kesalahan kamu! Maknanya, kita buat salah kemudian Allah hapuskan balik kesalahan kita dengan meberikan kesan yang tak elok akibat kesalahan kita. Cuba kalau kita buat salah tapi Allah biarkan? Benda yang tak nampak ni yang susah nak jawab kat akhirat nanti.

Macam pening je nak paham post ni. Tak kisahla.. untuk muhasabah diri sendiri je. And orang lain juga..

Total Pageviews