Monday 28 April 2014

ukhuwah sungguh indah bila dibasahi iman dan takwa

"Dia ni macam perasan bagus je"

"Dia ni nampak macam gedik je, mengada-ngada sangat"

"Dia ni banyak kes"

"Dia  ni budak bermasalah la, macam-macam hal dibuatnya!"

"Dia ni tak siqah. tak jaga ibadah, tak jaga akhlak, kat luar tak jaga aurat"
Nyatalah. Tanggapan-tanggapan itulah yang membuatkan ukhuwah kita jauh. Malah tanggapan-tanggapan itulah yang menghalang roh takwa dari menyapa hati mereka.

Benar. Siapa pun mereka. Bagaimana latar belakang dan cara mereka. Jangan pernah kita rasa jiwa kita dan jiwa mereka itu jauh.

Ada beberapa kisah kenalan, cerita daripada cerita orang lain, yang mana, selama mereka berkenalan, tak pernah sekali pun mereka menegur tabiat negatif kenalannya. Negatif yang dimaksudkan di sini adalah negatif yang bertentangan dengan syariat islam. Tak jaga perkara wajib, tak jaga perkara haram. Saya namakan watak ini si soleh dan si jahil la. Bukan jahil sebenarnya, cuma tak mahu jadi soleh dan masih sayangkan tabiat jahilnya. Jadi, bila waktu mereka bersama, si soleh ni hanya berborak bercerita berkisar hal-hal yang tiada kaitan dengan perihal iman si jahil sebab dah tau, pastinya di jahil akan berkecil hati sebab si jahil ni dah memang sedar kejahilannya. Tak payah bagitau pun dia dah tau. Dan si jahil ni pun ada rasa jugak nak berubah tapi biar atas dasar ikhlas diri sendiri, bukan teguran orang lain. Kalau ada yang tegur, mesti dia ego malah makin membatalkan niatnya untuk  berubah. Jadi, dek kerana kemanisan takwa yang dipamerkan oleh si soleh, yang memang dapat dilihat dalam diri si soleh ni, menjadikan proses dan kemahuan si jahil untuk berubah berlaku lebih awal. Sedikit demi sedikit berlaku perubahan pada penampilan si jahil ni. Sekian..

Nampak tak? Tak pernah tegur pun. Tapi dia boleh berubah.

Ukhuwah bukan terjalin dengan gurau senda semata, saling ketawa lagha, dan membuat perkara yang happening. Kalau itulah dasarnya, sangat rugi la ukhuwah itu. Iman dan taqwa pula bukan diterap hanya dalam kuliah-kuliah agama sahaja. Alangkah bagusnya kalau gurauan lagha itu diganti dengan taujihat-taujihat, kata-kata penguat semangat, dan peringatan-peringatan membina. Bosan ke? Tak la. Malah kau akan rindu rakan-rakan yang selama ini memberi sokongan dan dorongan berbanding rakan-rakan yang hanya ketawa bersama tanpa kira dan peduli apa.

Apa salahnya, jika setiap lafaz kalimah yang keluar dari lidah kita segalanya berunsur sokongan. Tak kiralah di restoran ke, di shoping kompleks ke, di padang ke, dalam rumah ke. Lepas main bola, kumpul kejap sambil rehat-rehat, dapat tazkirah menarik dari rakan. Sambil makan-makan, dapat nasihat dari rakan. Tengah lepak-lepak pun dapat penghargaan dari rakan. Sekurang-kurangnya ayat "Wah, hebatla kau" sebagai pengiktirafan dan penghargaan bahawa dia adalah rakan kita. Tak yahla gelak-gelak gurau-gurau kosong yang tiada faedah malah silap-silap jadi dosa dan sakit hati sebab ketawa itu adalah ketawa sindiran dan kata-kata kotor.

Kisah adik-adik baru. Selalunya, semasa pendaftaran adik baru, senior akan melayan pendaftaran mereka dengan terbaik sekali. Keluar sahaja dari pintu kereta sudah disapa mesra, dibawakkan beg, dipimpin arah, sampaila sampai ke katil dorm. Hari demi hari, kabar tak putus ditanya oleh si senior, bila terluang, berborak bersama, bertanya latar belakang, berkenalan, dan membantu jika ada musykilah, membuatkan si adik baru jadi selesa dan tenang berada dalam ukhuwah senior dan junior. Masa berlalu, watak mula berubah. Si senior besar diri dengan jawatannya. Dan si junior juga mula merasa dewasa dengan kenakalannya. Si senior jadi penghukum dan si junior jadi maf'ulum-bihnya. Ukhuwah? terpisah dengan perbezaan batch. Abang/kakak yang dulunya menjadi pendengar setia sudah muak dengan perihal adik-adik. Makin dilayan, makin dimanja, makin pijak kepala pula. Senior kata, junior tak pernah menghargai budi mereka. Junior kata, senior tak pernah mengiktiraf kebolehan mereka. Itulah kurangnya, tiada penghargaan, tiada pengiktirafan antara satu sama lain, tiada sokongan, tiada pembakar semangat. Yang tinggal hanya ungkitan dan menjatuhkan ke? Tak la. Ego. Noktah. Iman dan taqwa masing-masing layu dan kering kerana tiada siraman yang membasahinya. Itulah, ukhuwah itu indah bila ia dibasahi iman dan taqwa.

Sunday 27 April 2014

pwtc 2014

ada masa ye ustazah ni nak update blog? entahla.. kadang-kadang inilah cara untuk melepaskan tekanan.. dan kadang-kadang sebagai muhasabah diri.. dan kadang-kadang.. hmm.. ada la..

agak tenang dan agak lapang jiwa ini malam ini yang membawa hmm.. 'saya', untuk duduk di hadapan pc ini setelah sekian laaaaammaa.. tidak bertanya kabar, malah haha, ada entri-entri yang tergantung.

tajuknya pwtc. ceritanya pesta buku.

rasa janggal bila tahun ini tak pergi. setiap tahun kami mesti pergi. tapi tahun ini.. oh.. mengintai-ngintai aktiviti sepanjang tarikh itu. tiada yang lapang!! atas cadangan sang suami, sebagai melepas syarat asal pergi, kami pergi. petang Jumaat selepas sesi sekolah. di sana sampai malam la gamaknya.

hmm.. tak tahu nak pakir mana. selalu pakir jauh. tapi nanti di sana sampai ke malam nak pakir jauh-jauh macam risau. jadi, parkir la di tempat letak kereta di dalam bangunan pwtc. eh, dekatnya! pakir depan pintu, naik tangga sikit, sudah berada di belakang pentas utama!!

tiba di sana sebenarnya sudah azan maghrib, memang rancangannya begitu sebab bertolak dari kampung pun selepas solat asar. selesai solat di bangunan umno tu cari makan dulu. tak mahu makan jauh-jauh, kami makan di dalam pwtc tu sahaja. dah agak tersangat mahal. memang tersangat mahal!! mahal-mahal pun bersyukur sahajalah dengan apa yang ada.

mula-mula sekali round aras bawah dahulu. dapat pulak majalah murah. tak tahu isinya berapa buah. mungkin 10 atau 12 buah dengan harga rm10 sahaja. memang itu yang ku cari untuk anak-anak ku di asrama. mereka perlukan sumber dan bahan yang ringan dan santai sebagai idea untuk pengisian ilmu kepada adik-adik, abang-abang, kakak-kakak dan rakan-rakan mereka di asrama. majalah tersebut jika dibeli mengikut keluaran yang terkini harganya rm9 dan rm 10 untuk 1 buah majalah!! nampak kejam tak kalau hanya mengejar keluaran-keluaran lama yang murah? yang penting isinya. kalau semua orang berfikiran macam saya, memang susah nak maju lah industri majalah ni.

belum berjalan jauh, buku dah berat dibawa. majalah untuk anak di rumah pun ku beli secara bandel.eh, lupa ke kereta dekat? keluar sahaja dari ruang buku itu, terus nampak pentas dan dibelakangnya kereta kami. dekatnya!! terasa nikmat Ilahi itu dekat. letak buku kejap dalam kereta dan sambung berjalan. berjalan dengan ringan. berlenggang-kangkung. tanpa membawa buku yang berat. nikmatnya!!

tak habis lagi round aras bawah. tapi.. gerai buku sedang ditutup. jam pkul 9:00. hmm.. tak sempat naik ke tingkat atas. jadi.. balikla.. dalam hati.. ada lagi ke masa saya datang lagi tahun ini? program lain sudah memenuhi waktuku sepanjang minggu ini. hmm.. tahun depan sahaja la..

* kenapalah pesta buku ni dibuat di tengah-tengah bandaraya KL yang jem, penuh sesak dan.. jem!!


Total Pageviews