Thursday 18 April 2013

ingat mati

Assalamualaikum..

Cerita ni mesti ramai tak suka ambik tahu.

Kalau boleh biarlah ia jangan pernah berlaku, itu kata nafsu.

Hmm.. mana boleh.. sebab ia pasti datang.. itu kata iman.

Andai suatu hari, datang satu makhluk kepada kita.. katanya..

“(nama kita).., dah sampai masanya.. jom..”

Huh, takut saya membayangkan saat itu! Aku tak nak mati lagi, dan aku tak nak orang-orang yang aku sayang mati. Orang tua-tua dulu sangat pantang menyebut cerita-cerita begitu. Hampir-hampir saya tekan butang Ctrl A dan delete. Macam tak nak sambung cerita pasal ni lagi. Kenapa? Tak sedia? Tak berani sahut cabaran? Yela, dah yakin selamat ke kita kat sana?

حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُون

“Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang dari mereka. Dia berkata, wahai tuhanku! Kembalikanlah aku!”   (Surah Al-Mu’minun : 99)

Maklumlah, banyak lagi perkara kita nak perbetulkan. Ibadah kita bukan betul sangat pun. Contohnya solat, kadang nak tak nak je buat, sampai terlajak masa pun ada sebab terlalu sibuk dengan duniawi. Aktiviti-aktiviti seperti mengumpat, tak jaga aurat, ambil remeh tanggungjawab dan sebagainya masih sebati malah masih istiqomah dalam amalan harian kita. Hmm.. astaghfirullah!

Pernah tak,  bila kita dengar ada kematian kita kata,

“eh, tak sangkalah.. baru pagi tadi saya jumpa arwah..”

Berita itu memang sangat mengejutkan kita. Tapi kata si mati “aku lagi terkejut! Aku lagi tak sangka! “

Yelah, contohnya tiba2 musibah datang tak disangka dan.. rupanya itu saat terakhir kita. Harap-harap orang yang menghadapi saat kematian itu janganlah dalam keadaan lagho jauh tenggelam dalam keduniaan.

Kawan-kawanku sayang.. Bagus sebenarnya selalu-selalu ingat mati ni.

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, mereka itulah orang yang paling sempurna akalnya.   (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sempurna akal! Nampak tak? Betul jugak.. orang yang tak ingat mati selalu buat tindakan ikut nafsu. Bila dah ikut nafsu mestilah lari dari pemikiran yang waras. Bila tak ingat mati, matlamat hidupnya bukan-bukan, tak fikir orang lain, dari situlah berlakunya penindasan. Dan secara tiba-tiba Allah s.w.t menunaikan perjanjiannya. Perjanjian apa? Janji Allah s.w.t tentang pembalasan, tentang syurga dan neraka, tentang mati.

Telah banyak dicontohkan dalam al-Quran perihal kaum-kaum yang melupakan Allah s.w.t sehingga akhirnya mereka dibinasakan bersama kehebatan yang mereka banggakan. Untuk apa ia dikisahkan? Hari-hari kita baca al-Quran tak kan tak ambil iktibar? Hari ini pun banyak kita saksikan manusia-manusia berkuasa akhirnya jatuh tersungkur. Nampak tak betapa kekuatan, kuasa, harta dan semua pembantu-pembantu mereka tak membantu. Tak membantu mereka saat-saat terakhir di dunia malah tak membantu pun saat di akhirat nanti.

Sebenarnya nak simpulkan, siapapun kita, selalu-selalulah ingat mati. Wallahu A’lam.. J

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews